Alhamdulillah kita telah selesai menjalani ibadah di bulan Ramadhan terutamanya ibadah puasa, terawih, qiamullail, bertadarus, zikir, selawat dsb. Hari Raya adalah hari kemenangan yang Allah hadiahkan buat semua orang beriman.
Untuk melihat samada Ramadhan memberi kesan positif pada kita ialah dengan melihat diri kita selepas Ramadhan. Sebulan latihan di bulan Ramadhan, apa kah kita terus istiqomah membaca Al Quran, bangun solat malam, kekal dengan zikir dan selawat. Atau terus kekal dengan kelekaan kita pada duniawi.
Tentang Malam Lailatul Qadr, Insya Allah setiap dari umat Islam pasti mendapat habuannya cuma samada banyak atau sedikit. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadr bermula dari Maghrib sehingga masuk waktu Subuh.
Insya Allah kita yakin dengan janji Allah untuk memberi malam Lailatul Qadr. Dia Maha Kaya, Dia boleh memberi apa sahaja yang dikhendaki. Aamiin. Ok setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Terus terang saya sebenarnya tak berapa pandai menyediakan kuah kari ayam untuk dimakan dengan roti jala. Biasanya kuah ini akan disediakan Nana sendiri.
Kejadian kuah kari ayam untuk roti jala ini pada saya, tidak sama dengan kuah kari ayam yang biasa dimakan sebagai lauk.
Kuahnya mesti pekat dan kelihatan berlemak, bukan berminyak penuh di permukaan. Hmm macam mana nak terangkan tapi memang susah nak jumpa kuah kari roti jala yang seperti di dalam gambar saya. Gambar itu pun tak menggambarkan rupa sebenar.
Ramai yang membuatnya seperti kuah kari ayam yang biasa cuma isi ayam dipotong kecil kecil. Lagi lagi kalau ianya disediakan oleh pihak catering.
Kejadian kuah Kari saya hari ni walaupun tak perfect seperti yang saya kehendaki tapi ianya “almost perfect”. Permukaannya terbit minyak tapi tidak penuh dengan minyak.
Syarat untuk menjadi kuah seperti ini ialah mesti menggunakan santan segar. Kalau guna santan kotak, memang tak akan jadi.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Kari Ayam Kuah Roti Jala Nana Ain
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
600 gram santan segar
3 sekawan
5 biji bawang merah - hiris
3 biji ubi kentang - potong dadu
9 sudu besar rempah kari - 100 gram bancuh dengan 1 cawan air
2 tangkai daun kari
1 liter air - air ni juga guna masa menumis rempah
1 sudu besar pes asam jawa
3 sudu besar gula
2 sudu besar garam
30 gram gula melaka
1 cawan minyak masak
Bahan kisar:
8 biji bawang merah - 82 gram
5 ulas bawang putih - 24 gram
3 inci halia - 24 gram
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris, bahan kisar dan rempah 3 sekawan sehingga terbit minyak.

Masukkan rempah kari dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata. Masak sehingga terbit minyak.
Masukkan ayam. Kacau rata dan masukkan ubi kentang serta daun kari. Masak sehingga terbit minyak. Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih dan ubi kentang masak, tutup api.

Sementara itu, di dalam kuali lain, masak santan dengan sedikit air sehingga mendidih.

Masukkan bahan tumis tadi ke dalam kuali santan. Kacau rata. Masak sehingga mendidih dan kentang masak sepenuhnya.

Masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Renih sehingga terbit minyak. Jika belum, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga terbit minyak dengan cantik.

Nota:
Bila sejuk, kuah akan jadi pekat. Jadi jangan kuah terlalu pekat.
Catat Ulasan for "Rahsia Kari Ayam Kuah Roti Jala Yang Sedap"
Add your comment