Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis Dengan Terung Pipit Dan Petai



Alhamdulillah esok saya dan group tadarus yang dipimpin oleh Ustazah Aidah Sahat akan khatam Al Quran. Alhamdulillah kerana dipermudahkan urusan kami. 

Sejak bersara, saya tidak berpeluang untuk bertadarus tapi kali ini dipermudahkan. Ramadhan adalah bulan Al Quran bulan di mana diturunkan Al Quran. Al Quran diturunkan bukan secara sekali gus tapi berperingkat peringkat. 

Jadi di bulan ini, eloklah kita memperbanyakkan membaca Al Quran, bertadarus, tadabbur dsb. Insya Allah Al Quran akan menjadi peneman dan peguambela kita di dalam kubur kelak. Al Quran akan menerangi dan memberi cahaya. 

Tak pandai membaca, kenalah mula mencari guru untuk mengajar. Saya dulu berguru dengan Kak Kamariah fi Kelana Jaya yang juga merupakan rakan sekerja di Bank Negara Malaysia dulu sebelum beliau meletakkan jawatan. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Saya ada sepokok pokok terung pipit yang tumbuh sendiri di belakang dapur. Tapi akhir dicabut oleh Bibik kami. Sayang sekali sebab pokok itu selalu berbuah. Bila terasa nak makan, saya petik segenggam dan masak. 

Sekarang dah tak ada ni, kenalah beli. Kebetulan jiran kami menanya dalam group tadarus kalau ada yang nak buah terung pipit. Saya pun minta lah sedikit sebab dah lama tak makan lauk dengan terung pipit. 

Aduhai sedap sekali tau. Rasanya yang sangat unik. Saya tambah sedikit isi petai kerana saya memang penggemar petai pun. Bertambah tambah nasi dibuatnya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…



Sambal Ikan Bilis Dengan Terung Pipit dan Petai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Segenggam ikan bilis
Segenggam isi petai
1 mangkuk terung pipit
1/2 sudu kecil garam
3/4 sudu besar gula
1/3 biji bawang Holland - hiris

Bahan tumbuk/kisar:
2-3 biji cili merah
5-6 biji cili padi - ikut pedas disukai
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji buah tomato

Cara cara:
Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 

Menggunakan minyak sama, tumis bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sambal masak. 

Masukkan terung pipit dan petai. Kacau sehingga lembut. Masukkan bawang hiris. 

Masukkan garam dan gula secukupnya. 

Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan kacau rata. Sedia untuk diangkat. 






Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis Dengan Terung Pipit Dan Petai"