Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap
Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa. Sebelum itu, jangan lupa sambil baca, klik juga iklan yang keluar di blog ini ya. Cepat betul masa berlalu, kita dah masuk ke pertengahan bulan Ramadhan. Pum pang pum pang tak sedar kita akan masuk ke 10 akhir Ramadhan yang malam malam nya ada satu malam yang sangat terbaik iaitu malam lailatul Qadr.
Semua amalam dan ibadah pada malam tersebut akan digandakan melebihi 1000 bulan. Contoh jika malam tersebut kita membaca surah Al Mulk, pahalanya seolah kita membaca surah Al Mulk selama 83 tahun.
Biasanya malam malam akhir ni juga orang mulai sibuk. Sibuk buat kuih raya, sibuk berbuka puasa di hotel dsb. Jadi amatlah rugi jika kita tidak mengambil peluang ini untuk menggandakan pahala kita yang mungkin kekurangan sepanjang hidup kita.
Lakukan persediaan secukupnya untuk menghadapi hari hari tersebut. Tabung bergerak di surau dan masjid yang lalu depan kita jangan ditolak begitu sahaja. Bagi lah walaupun RM1. Kalau tak ada cash, boleh scan dan guna QR code.
Saya biasanya nampak orang lelaki yang tidak mengisi duit sedekah dalam tabung masjid. OK setakat ini dahulu, jom masuk bab resipi dan masakan.
Saya teringat masa kecil berpuasa bersama mak ayah di kampung dulu. Bila berbuka, kami akan makan kuih yang basah basah seperti puteri mandi, butir nangka, lompat tikam, nekbat dll. Ada juga kuih seperti onde onde, tepung pelita.
Kalau dulu, bila masak kuih butir nangka, kita akan menggunakan tepung pulut semata. Biasanya beras pulut yang direndam akan dikisar dengan pengisar batu. Tos air dan guna tepung beras atau beras pulut tersebut.
Sekarang dah senang, beli jer telung beras atau tepung beras pulut. Tak perlu lagi nak kisar kisar. Dulu kerja mengisar ni, memang ditugaskan pada saya.
Berbalik pada kuih butir nangka ini, sekarang dah ada penambahbaikan. Untuk menjadikan butir nangka lebih lembut dan tak liat. Juga ada bahan rahsia. Perhatikan resipinya.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Kuih Butir Nangka
Oleh: Azie kitchen
Bahan doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
¼ sudu kecil garam
1 cawan air pandan
Pewarna hijau
Kuah santan:
1 kotak santan kara
2 kotak air - guna kotak santan
2 helai daun pandan
6-7 sudu besar gula - ikut citarasa
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil halba
½ sudu kecil tepung beras - bancuh dengan air
Cara cara:
Satukan semua bahan doh. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Ambil sedikit dan dibulatkan kemudian dijadikan lonjong seperti biji nangka. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Setelah kuih timbul di permukaan, angkat dan masukkan ke dalam kuah.
Jika kuah belum sedia, masukkan dulu butir nangka ke dalam mangkuk berisi air.
Sementara itu, satukan semua bahan untuk menyediakan kuah kecuali air bancuhan tepung beras dan halba. Sentiasa dikacau rata.
Setelah mendidih, masukkan halba dan butir nangka. Biarkan kuah mendidih seketika dan bolehlah tutup api.
Nota:
Jika suka, boleh juga masukkan sagu yang telah direbus sehingga jernih.
Catat Ulasan for "Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap"
Add your comment