Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Sagu Gula Melaka




Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap anda sihat sihat sahaja untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Lebih lebih lagi kita telah berada di 10
akhir Ramadhan. 

Alhamdulillah, saya bersama kumpulan tadarus yang dipimpin oleh Ustazah Aidah telah khatam Al Quran pada hari Jumaat 21 Mac 2025. Saya merasa sangat rugi kerana selama ini tidak pernah join mana mana group tadarus seperti ini. Selepas khatam, kami mengadakan pula program selawat selama 2 hari. 

Terima kasih pada jiran jiran saya yang telah membuka peluang ini. Biar terlambat asal tidak terus meninggalkannya. Saya bersyukur kerana pada saya ini adalah kurniaan Allah pada saya yang terbesar untuk Ramadhan kali ini. Alhamdulillah. Ok setakat ini dahulu, jom masuk bab masakan. 


Biasanya sagu gula melaka ni, kita akan menuang air gula Melaka dan santan ketika hendak dinikmati. Tapi kali ini, kita buat sedikit perubahan dengan memasak sagu bersama gula melaka. Ketika nak makan, hanya perlu tuang susu cair atau santan atau susu segar. 

Saya rasa lebih sedap kerana gula Melaka dah sebati dengan sagu berbanding cara biasa. Tapi kalau cara biasa, kuahnya lebih rasa gula melaka dan lemak susu. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI Selamat mencuba…


Kuih Sagu Gula Melaka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan sagu
2 tin susu cair

Bahan Air Gula Melaka:
1 keping gula melaka - 110 gram
2 sudu besar gula 
Sedikit air

Cara cara:
Setelah air mendidih, masukkan sagu. Kacau rata sehingga mendidih. Tutup periuk. 

Bila separuh jernih, kacau rata sehingga sagu jernih. Setelah sagu jernih, tuang air dan kacau rata. Tuang ke dalam penapis untuk buang kanji. 

Sementara itu, masak air gula Melaka. 

Tuang sagu ke dalam air gula Melaka. Biarkan mendidih sekejap. Tutup api. 

Tuang ke dalam bekas hidangan. Hidang dengan susu cair. Sedap dimakan sejuk sejuk.


Catat Ulasan for "Kuih Sagu Gula Melaka"