Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Bakar Pandan Menggunakan Air Fryer




Assalamualaikum semua. Semoga anda semua sihat walafiat dan menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Kadang kadang dalam hidup ni ada perkara yang kita tidak berkuasa melakukan apa apa selain redha. 

Saya pasti ramai terkesan dengan kos kenaikan sara hidup sekarang. Semua benda mahal. Macam kami, bila subsidi tarif elektrik ditarik balik bagi bil rumah melebihi jumlah tertentu, ia nya menjejaskan kami secara langsung. Bil elektrik tinggi setiap bulan kerana kami menpunyai anak ramai. Pastinya penggunaan elektrik juga tinggi. 

Dengar dengar pula akan ada kenaikan tariff elektrik bulan Julai untuk industri yang dikatakan tidak akan menjejaskan 85% rakyat. Ye ke? Rasanya industri bila berlaku kenaikan kos perniagaan, mereka akan pass kenaikan tersebut kepada pengguna secara tidak langsung dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. 

Dulu lain cakapnya, konon nak jumpa peniaga dan industri untuk mencari jalan dan formula untuk mengurangkan harga bagi mengurangkan kos sara hidup. Sekarang lain pula. 

Bagi kami rakyat biasa, kami hanya ada Allah untuk mendengar segalanya. Kepada semua pemimpin, jangan lupa semua akan dipertanggungjawabkan. Anda akan menjawabnya di akhirat kelak. Kami hanya perlu sabar dan menahan perasaan tidak puashati. Ok setakat ini dahulu. 


Saya memang suka sangat menyediakan kuih bakar pandan dan kuih seri muka. Tak pernah jemu mencuba dan mencuba. 

Saya suka masak kuih ni dan juga suka makan. Ya lah kita akan masak ap yang kita suka makan lah kan. Saya suka kuih bakar yang di bahagian bawah juga lebih garing. Nama pun kuih bakar. 

Saya pernah menggunakan resipi yang sama tetapi tiada menggunakan mentega cair. Bila menggunakan mentega rasanya lebih berlemak. Atau jika suka, boleh guna juga minyak sapi yang dah dicairkan. Kena sentiasa ber eksperimen. 

Ada yang tanya mana yang lebih sedap. Susah nak jawab kerana saya memang obsessed dengan kuih ni. Semua nya sedap. 


Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kuih Bakar Pandan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 cawan tepung gandum

½ cawan gula 

1 cawan santan

1 cawan air pandan 

½ sudu kecil garam

2 biji telur (size B)

1 sudu besar mentega cair - ganti minyak sapi pun sedap

Pewarna hijau

Esen vanilla

Bijan secukupnya


Cara cara:

Satukan semua bahan dan kacau sehingga sebati. Kemudian tapis. 

Sapu butter pada loyang 5 atau 6 inci. Tuang adunan dan bakar dalam air fryer suhu 180°C selama 50-60 minit. 

Setelah masak, angkat dan biarkan betul betul sejuk, baru dipotong.








Catat Ulasan for "Kuih Bakar Pandan Menggunakan Air Fryer "