Gulai Ayam Kelantan Terlajak Sedap
Pejam celik pejam celik, kita dah pun berada dalam 10 malam Akhir Ramadhan yang dinanti nantikan oleh manusia beriman. Alhamdulillah. Aama sama lah perbanyakkan amalan seperti solat sunat, mengaji, bertadabur, bertadabbur dsb.
Memang pelik kalau orang yang langsung tak kisah dengan 10 Akhir Ramadhan. Tak pergi solat terawih, tak bersedekah, tak nampak pulak ada berzikir dsb.
Sungguh rugi orang seperti ini. Walaupun umur dah lebih 60 tahun, badan dah berbau tanah, naskhah Al Quran pun tak ada. Yang ada, adalah handphone. Kalau di surau, memang kedekut nak hulur seringgit dua ke dalam tabung masjid yang bergerak dari jemaah ke jemaah.
Jangan terkejut, orang macam ni ada. Kadang kesian kerana mereka tidak diberi hidayah. Semasa hidup di dunia, segala kemungkaran dibuat. Semasa sekolah pun tak pernah dihantar mengaji Al Quran.
Mereka fikir mati adalah mati, tak ada dibangkitkan untuk dipersoaljawabkan. Betul hidayah milik Allah tapi kita berusaha mencarinya. OK setakat ini dahulu.
Saya memang suka gulai Kelantan yang dmakan sebagai nasi berlauk bersama sambal dan hirisan timun. Tapi satu rahsia untuk menjadikan gulai ni masak cantik ialah dengan mengguna santan segar.
Kalau tanya saya apa beza gulai ayam dan kari ayam di sini ialah dari segi rempah yang digunakan dan kedua rupanya sendiri. Gulai ini lebih pekat berbanding dengan kari ayam.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Gulai Ayam Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa parut - santan
3 sudu besar rempah gulai ayam
½ sudu besar rempah kerutuk
Garam
Gula Melaka
Serbuk perasa
Bahan hiris:
4-5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris sehingga wangi.
Masukkan rempah rempah gulai dan kerutuk. Kacau dengan cepat atas api perlahan. Masukkan air dan kacau rata sehingga terlebih terbit minyak.
Di dalam periuk lain, masak santan sehingga mendidih.
Setelah mendidih, masukkan rempah yang ditumis tadi. Kacau rata sehingga mendidih.
Masukkan ayam dan kacau rata. Masak sehingga ayam empuk.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah kuah terbit minyak cantik, boleh tutup api.
Catat Ulasan for "Gulai Ayam Kelantan Terlajak Sedap"
Add your comment