Daging Masak Berlada Sedap
Saya sangat gembira kerana setelah lama mencari seorang ustazah atau orang yang boleh mengajar saya mengaji secara berdepan, akhirnya saya berjaya juga. Ini pun setelah dijemput oleh jiran jiran untuk menyertai group mengaji mereka.
Selama ini ramai yang saya jumpa adalah group mengaji secara online. Alhamdulillah semoga saya akan terus belajar dan belajar sampai bila bila.
Di dalam group ini kami belajar sambil bertadarus dan tadabbur. Syukur kerana Allah memberikan peluang untuk saya belajar lagi. Pembelajaran adalah satu journey seumur hidup.
Dalam bulan Ramadhan pulak saya ditemukan dengan Ustazah Aidah dan kenalan kenalan baru untuk program tadarus yang diadakan setiap pagi kecuali hari Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah. OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab masakan.
Serious daging masak berlada ini sangat sedap. Yang tak habis, saya simpan dalam peti sejuk dan keesokannya dipanaskan. Ooh rasanya lebih sedap. Mungkin bahan dah cukup meresap pada daging. Saya cicah dengan roti canai jer.
Jom ramai ramai pakat cuba resipi ini, pasti anda akan menyukainya. Memasak daging ni lama kerana saya guna daging yang ada sedikit berlemak berurat. Jadi alang alang memasak lama, masaklah dalam jumlah yang banyak. Sebahagian disimpan dalam freezer.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Daging Masak Berlada
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
620 gram daging - saya guna daging bahagian keting
½ mangkuk ibu sambal - rujuk di bawah
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Bahan perasa:
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
Bahan hiris:
1 biji bawang Holland
Cili merah dan cili hijau
1 biji buah tomato - tak letak
Cara cara:
Satukan semua bahan dalam kuali dan kacau rata sehingga air daging kering.
Tambah air untuk empukkan daging. Jika belum empuk, tambah air lagi. Tutup periuk. Nota: saya rebus dulu daging sehingga empuk.
Bila daging dah benar benar empuk, masukkan garam, bahan perasa dan bahan hiris. Kacau rata dan tutup api.

Ibu Sambal
Bahan bahan:
6 biji bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 genggam cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
Panaskan minyak dan tumis semua di atas yang dikisar halus sehingga benar benar masak dan terbit minyak.
Nota:
Boleh buat banyak banyak dan simpan untuk kegunaan masa hadapan.
Catat Ulasan for "Daging Masak Berlada Sedap"
Add your comment