Ayam Masak Kicap 3 Budak Gemuk
Saya merasa sangat gembira dengan Ramadhan kali ini. Bila menpunyai kenalan baru, aktiviti yang kita buat juga lah aktiviti lain dari kebiasaan kita sebelumnya. Alhamdulillah.
Walaupun kita tahu kelebihan ibadah di bulan Ramadhan seperti zikir dsb. Kadang kadang kita leka dan akhirnya masa habis dengan sia sia tanpa berzikir.
Selepas khatam Al Quran, Ustazah memimpin kami untuk berselawat sebanyak 500 kali setiap hari. Sesiapa yang telah cukup, akan memberi update senarai dalam group whatsApp. Ianya mampu memberi motivasi pada kita di mana kita kadang perlukan sahabat untuk sama sama melakukannya.
Insya Allah esok dan lusa kami akan bertemu lagi untuk berselawat. Sesungguhnya banyak kelebihan selawat kepada baginda Rasulullah SAW. Siapa yang boleh memberi syafaat kita selepas kita meninggal?
Tiada sesiapa melainkan Nabi Muhammad SAW yang akan memberi syafaat untuk memberatkan timbangan amal kita. Selepas itu, baginda akan menunggu umatnya di telaga Al Kautsar di mana sesiapa yang meminumnya tidak akan merasa dahaga selamanya sebelum semua melintasi titian sirat. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Anak anak saya suka betul makan ayam masak kicap. Kadang kadang kalau tak ada idea, saya tanya mereka dalam group WhatsApp family apa menu yang nak masak, pasti antara cadangannya ialah ayam masak kicap atau daging masak kicap.
Masak kicap ni ada pelbagai jenis. Ada yang berkuah dan ada yang kering melekat lekat kicapnya pqda ayam. Ada yang menggunakan cili hidup dan ada yang menggunakan cili kisar.
Kalau guna cili kisar, kuahnya lebih pekat lah. Dan yang penting, pelakun utamanya ialah kicap manis. Kicap lain seperti kicap pekat dan kicap masin adalah pelakun tambahan. Jika rasanya nak letak, tuangkan jer.
Kelainan sikit pada ayam masak kicap ini ialah penggunaan daun kari. Kalau tidak, gantikan dengan daun limau purut pun sedap juga.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.
Ayam Kicap 3 Budak Gemuk
Oleh: Azie Kitchen
Bahan tumbuk kasar:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan lain:
1 batang serai - ketuk
1 pelepah daun kari
1 sudu besar cili kisar
Kicap pekat
Kicap manis
Serbuk pati ayam
Pes asam jawa
Bawang besar Holland - hiris
Cara cara:
Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak.
Keluarkan sedikit menggoreng ayam dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan daun kari dan serai.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. Kemudian masukkan kicap manis kicap pekat secukupnya.
Masukkan ayam goreng. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
Akhir sekali masukkan pes asam jawa, serbuk perasa dan bawang Holland. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati.
Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap 3 Budak Gemuk"
Add your comment