Masak Lemak Pisang Lemak Manis Muda
Assalamualaikum semua, semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Insya Allah kita akan menyambut Ramadhan tidak lama lagi. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik dalam hidup kita.
Jangan lupa tau untuk klik iklan yang keluar di blog saya dan juga klik follow blog untuk sapat notifikasi entri terbaharu. Terima kasih atas sokongan semua.
Saya ingin kongsikan petikan kuliah Zoom Tokku Pasir Gudang berkenaan satu hadis qudsi tentang perlunya prasangka baik pada Allah.
Bagaimana kamu memohon ampun, Aku akan ampun dan Aku tak peduli betapa banyak dosa mu. Kadang kita putus asa dan prasangka buruk, konon kita ahli neraka, buat banyak dosa. Dia berprasangka buruk pada Allah.
Allah akan ampun selagi kamu tak mensyirikkan Allah. Ada 2 lelaki masuk neraka. Allah panggil mengadap. Mereka diperintah kembali ke neraka. Seorang terus ke neraka seperti diarahkan. Seorang lagi tak nak kerana berprasangka bila Kamu keluarkan aku dari neraka, maka Allah tak akan masukkan aku kembali ke neraka. Maka Allah masukkan dia ke syurga. Kita tak putus asa dengan rahmat Allah. Tak akan pernah berhenti prasangka baik pada Allah.
Tiada seorang hamba diberikan apa yang diminta melainkan apa yang disangkakan. Bila pergi Haji ada rasa tak sempurna, tapi itu yang kita mampu buat. Prasangka baik bahawa Allah akan terima ibadah Haji kita. Itu yang menyempurnakan ibadah.
Bukan sempurna kerana rukun dan syarat tapi kerana prasangka baik pada Allah. Aku mengikut sangkaan hamba Ku pada Ku. Aku berkuasa melakukan apa yang hamba Ku bersangka Aku boleh buat. Ketaatan kita Allah akan diganjari. Allah tak akan sia siakan. Aku tak akan sia siakan amalan di kalangan kamu.
Kita kena menyakini bahawa Allah akan mengampuni dosa kita. Bila berdoa, Allah akan mustajabkan. Bila meminta, Allah akan cukupkan. Kenapa? Doa lah dalam keadaan kamu yakin yang Allah terima dengan prasangka baik. Ini adalah kerana pertama, ini adalah satu cara kita menyahut perintah Allah. Orang beriman tunduklah pada Allah dan Rasul pada suatu perintah yang akan menghidupkan jiwa
Kedua, prasangka baik adalah berkait rapat dengan akidah. Tawakkal dan hanya takutkan Allah. Ketiga, kerana hamba ketika harapkan rahmat Allah bergantung pada Allah sentiasa dalam berjiwa motivasi. Allah suruh aku kerja, mesti aku akan diberi kejayaan untuk aku. Wajib kita prasangka baik kerana jangan seseorang mati melainkan dalam keadaan prasangka baik pada Allah.
Bila ziarahi orang mati. Ingatkan dia bahawa Allah tak akan tinggalkan dia. Bagi kata kata seperti, jangan berdukacita. Allah bersama kita. Pada orang nak mati, katakan jangan risau amalan anda pasti Allah terima. Allah lindungi dari segala maksiat. Tanam prasangka baik tanda Allah sayang.
Siapa Allah nak kebaikan padanya Allah akan uji dia. Kita tak rasa putus asa akan terus berada dalam kesusahan, pasti ada jalan keluar. Mana tempat tingkat prasangka baik pada Allah. Kalau anak belum dapat jodoh, yakin bahawa anak kita pasti ada jodoh. Anak kita pasti ada rezeki dia samada cepat atau lambat.
Ada tempat kita digalakkan ganda prasangka baik. Ketika dalam segala kesukaran seperti hutang banyak dan kesempitan hidup. Yakin juga bahawa akan datang hari kemenangan pada orang Palestine. Bersama ku ada Allah yang akan membantu. Laut terbelah.
Ketika berdoa sebaik angkat tangan, yakin Allah akan mustajabkan. Seseorang tak akan dengan doa melainkan yakin Allah terima doa. Aku tak bimbang kalau Allah belum bagi lagi apa yang aku doakan. Tapi aku risau kalau aku tak berdoa. Tempat mustajab di Mekah seperti di hijir Ismail, multazam, malam raya, malam rejab dan banyak lagi. Ambil lah kesempatan untuk berdoa.
Ketiga, membangkitkan prasangka baik ketika bertaubat sebanyak mana pun dosa kita. Ramai orang menyangka Allah tak akan ampunkan dosa. Hari arafah di mana Allah janjikan pengampunan. Allah akan ampuni hambanya selagi hambanya mohon pengampunan walaupun melakukan dosa berulang ulang kali.
Keempat, ketika hampir mati nazak, kena bersangka baik. Semua harta benda tak ada nilai. Detik kematian, semua tak ada nilai apa apa. Yang ada, hanya Allah. Yakin Allah tak akan sia siakan. Di dalam kubur, bersendirian. Menunggu di dalam kubur pun mungkin lebih panjang dari usia kita hidup di dunia.
Semoga Allah tempatkan kita di taman syurga. Siapa sayang dan suka nak bertemu Allah, Allah akan mahu bertemu dia. Allah memerintah kubur supaya diluas seluas mata memandang. Rumah besar kita tapi kita dok 1 bilik kecil jer. Kubur lebih luas lagi. Pasti Allah bagi sesuatu yang kita minta.
Riwayat Hassan Basri, bukan bermaksud untuk kita langgar perintah Allah. Ada orang yang dilalaikan dengan cita cita dan angan angan sehingga tak buat satu kebaikan. Orang buruk sangka pada Allah tak nak beramal, rasa hidup tak ada tujuan, putus asa, Aku lebih suka Allah hisab amalan ku berbanding ibubapa ku kerana Allah pemurah.
Allah lebih sayang kita dari ibubapa kita. Itu sebab kita kena prasangka baik pada Allah. Dia akan beradab dengan Allah. Maka bertakwa lah mengikut kemampuan.
Kalau sangka buruk, akan dapat buruk. Sedang pasti satu masa akan senang. Sentiasa ada peluang positif yang baik Allah akan bagi pada kita. Allah uji kita dengan sedikit sahaja. Semua ujian adalah kesan dari perbuatan kita sendiri. Allah hukum sikit jer. Bagi peluang kita bertaubat.
Walaupun pada usia lewat, kita berubah, Allah akan terima. Mulakan kebaikan, Allah akan terima tanpa kira umur kita berapa. Jangan kata ala dah tua, baru nak masjid. Itu kata orang. Rahmat Allah lebih cepat dari apa yang kita inginkan. Allah pemurah. Minta sikit, diberi banyak. Ok setakat ini dahulu. Semoga bermanafaat.
Saya kongsikan pisang lemak manis yang dibawa dari kebun di Sg Buloh di Instagram. Sebenarnya saya pun tak pasti nama pisang ini dan saya pun tak pasti baka sebenar pisang ini.
Ini adalah kerana benih pisang ini diberi oleh seorang yang datang potong rumput di rumah kami. Kalau diberi pada saya, saya mesti bertanya tapi kalau pada suami saya, memang dia tak kisah nak bertanya.
Biasanya saya akan mengambil berat mengenali baka baka pokok yang saya tanam. Saya akan study betul betul sebelum decide untuk tanam pokok apa apa. Ianya bagi memastikan pokoknya menghasilkan buah yang saya suka.
Oleh kerana pisang ini masih banyak yang muda, ramai yang mencadangkan saya memasak lemak pisang muda. Haa terus dapat idea untuk mencubanya. Saya pun suka juga masak lemak pisang muda. Cuma kadang tak terlintas idea untuk memasaknya.
Serious sedap masak lemak pisang muda ni. Patutlah ramai yang tulis pisang muda atau putik sedap dibuat masak lemak cili api. Buat kuahnya lemak lemak dan pekat sedikit. Dah ada lauk ni, gandingkan dengan ikan goreng atau telur masin pun dah kebabom. Wallaa sure licin nasi dalam pinggan.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Masak Lemak Pisang Lemak Manis Muda
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 sisir pisang lemak manis muda
1 kotak santan kotak
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa
Bahan kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5-6 biji cili padi - ikut pedas disukai
2 inci kunyit hidup
Sejemput ikan bilis
Cara cara:
Siat kulit pisang dan dihiris. Rendam seketika dengan air garam untuk buang getah. Tos.
Masukkan bahan kisar dan masak seketika. Masukkan pisang dan air secukupnya. Rebus sehingga pisang hampir empuk.
Masukkan santan dan adam keping, garam dan serbuk perasa.
Nota:
Jika suka, boleh letak daun kunyit.
Jika suka, masukkan tempoyak pun sedap.
Catat Ulasan for "Masak Lemak Pisang Lemak Manis Muda"
Add your comment