Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Berlado Udang Terung dan Kentang



Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berhubung dengan pahala sejuta. Masuk pasar baca doa Laa ilaahaillaahu wahdahuu laa syariikalah. Lahul mulkul walahul hamdu Yuhyi wayumiit biyadihil Qhair. Innaka ‘alaa kulli syaiin qadiir, kata Nabi siapa menyebutnya sekali, baginya  sejuta pahala. 

Antara kelebihan masuk pasar ialah jumpa orang bagi salam dulu. Abdullah bin Umar masuk pasar semata mata untuk bagi salam. Kenal ke tak kenal pun, bagi salam. Itu pahala yang mudah. 

Kalau ke pasar kita boleh jumpa 50-60 orang juga. Atau paling sikit pun 5-6 orang. Kadang kadang bagi salam pada penjual, dapat pahala. Ini kebaikan dan kemuliaan yang patut kita cari di pasar. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Saya teringat ingat pulak lauk yang dimakan di rumah Umi di Cardiff. Makan makan dalam keadaan sejuk, memang sedap. 

Alhamdulillah sedap sangat lauk ini dimakan dengan nasi putih panas panas. Gaul gaul sambalnya dengan nasi. Wallaa tak perlu lauk lain pun. Sebab dalam ni dah ada protein dan sayuran. Dah lengkap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Masak Berlado Udang dan Sayuran
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 ekor udang laut
1 biji ubi kentang
1 batang terung
1 sudu besar sos tiram
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan kisar kasar:
1 biji cili merah
6-7 biji cili padi hijau dan merah
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga hampir empuk. Angkat dan ketepikan. 

Goreng pula terung. Angkat dan ketepikan. 

Masukkan bahan kisar dan tumis atas api sederhana sehingga layu. 

Masukkan sos tiram, garam dan gula secukupnya. 

Masukkan udang dan kacau rata sehingga udang berubah warna. Masukkan kentang dan terung goreng. Kacau rata. 



Sedia untuk dihidangkan. 

Nota:
Jika suka basah basah, masukkan sedikit air. 



Catat Ulasan for "Masak Berlado Udang Terung dan Kentang"