London Wales Day 8 Balik Malaysia
Assalamualaikum semua. Kini tibalah lah hari terakhir kami di London. Hari ke8, hari di mana kami berangkat balik ke Malaysia. Boleh baca entri sebelum ini di SINI. Kami telah menempah uber dengan bayaran £90 dari sebelah malam lagi untuk membawa bag kami yang dah beranak pinak. Uber datang sebelum pukul 8.45 pagi. Drivernya sangat ramah. Asal dari Iraq dan telah lama menetap di sini.
Sesampai di Terminal 3 terus ke self service check in machine untuk print ticket dan kemudian ke kaunter untuk drop luggage. Ini adalah kali pertama saya tiba dan berlepas dari Terminal 3. Jadi tak biasa seperti mana Terminal 4. Kemudian melalui pemeriksaan keselamatan.
Kami kemudian singgah di kedai duty free untuk membeli parfum. Nelly memang suka parfum. Jadi dia banyak membeli di sini.
Kemudian kami mencari tempat duduk sementara menunggu gate pelepasan dimaklumkan. Butik di sini ada pelbagai jenama ternama seperti Chanel, Dior, LV, Gucci dan lain lain. Jenama biasa seperti Long champ tiada di sini.
Di departure lounge ada prayer room tapi sangat jauh. Saya dah berjalan separuh jalan belum sampai lagi. Akhirnya saya berpatah balik kerana waktu zohor pukul 12.18 dan 12.40 adalah masa untuk boarding. Pasti rushing dan tak sempat.
Jadi saya ke toilet untuk mengambil wudhu. Masuk ke departure gate 7 pukul 12.25. Di sini memang tiada prayer room. Jadi kami solat sambil duduk sahaja. Sejadah semua dah tersilap masuk dalam checked in luggage. Lagi pun yakin sangat ada prayer room.
Lain kali kalau naik melalui Terminal 3, elok ambil wudhu di Prayer room sebelum check in masuk. Boleh siapkan prayer matt dan telekung solat. Selepas drop luggage, banyak nampak signage prayer room. Jadi tinggal solat sahaja di mana mana departure lounge. Berbeza dengan terminal 4 dan terminal 2, ada prayer room berdekatan dengan gate.
Penerbangan ke Dubai berlepas pukul 2.27 tengahari dan tiba di Dubai pada pukul 1.07 pagi waktu tempatan. Hidangan tengahari adalah chicken and mushroom ragout dan lamb briyani. Saya pilih chicken. Sangat sedap. Potatoes salad pun sangat sedap.
Transit selama 3 jam. Oleh kerana flight dari Heathrow lewat 45 minit, jadi kami sampai di Dubai airport juga lewat. Memang risau juga mana tahu kalau tak dapat boarding flight ke Kuala Lumpur seperti yang pernah berlaku pada anak kami dulu.
Dari connecting kaunter di Concourse A, saya ambil lift terus ke departure floor tingkat 3. Saya terus ke butik long champ dan Nelly datang kemudian. Selepas itu baru ambil 2 lift untuk turun dan ambil metro train untuk ke departure gate di concourse B.
Kemudian ambil lift lagi untuk naik ke departure gate B6. Prayer room untuk wanita jauh di B29. Jadi saya terpaksa mengambil wudhu dan solat duduk sahaja di cafe. Di situ hanya ada prayer room lelaki. Tapi yang bagusnya setiap toilet ada disediakan tempat mengambil wudhu. Jadi senang untuk mengambil wudhu.
Kami berjalan terus ke gate B6. Flight penuh dengan ramai penumpang yang balik dari umrah. Flight berlepas pukul 4.07 pagi. Tiba di KLIA pukul 2.46 petang. Hidangan ringan sandwich turkey dan sarapan saya memilih beef noodle.
Dengan ini berakhirlah percutian kami yang penuh dengan pelbagai kisah. Kami berjalan lebih dari 10 ribu steps sehari. Kali ini juga kami mengambil train, bas ekspress, uber dan bas. Boleh baca catatan entri hari pertama di SINI.
Catat Ulasan for "London Wales Day 8 Balik Malaysia"
Add your comment