Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Wales Day 7 - Hyde Park



Assalamualaikum kita bersua lagi. Hari ni hari ke7, hari di mana kami plan untuk berjalan jalan sekitar tempat menarik di London. Hari free and easy gitu. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Walaupun dah banyak kali ke tempat tempat ini tapi setiap kali datang, mesti nak juga pergi lagi. Kami berjalan kaki di Hyde Park dalam kesejukan. 



Kali ini saya ke spot yang saya tak pernah lagi pergi. Sebelum ini saya pergi ke spot di seberang sana tasik, kiranya di belakang kami bergambar Hyde Park ni besar dan banyak spot yang kita boleh singgah untuk bergambar. 




Di sebelah sini adanya memorial fountain sempena memperingati Princess Diana. Selepas bergambar di Hyde Park, kami berjalan kaki untuk ke Harrods. Sebenarnya tidak jauh pun. Tapi bila hujan mulai turun rintik rintik, terpaksa berjalan dengan laju. 



Kami ke Harrods untuk membeli barangan yang dipesan Juita, parfum dan bag Long Champ untuk saya. Secara jujur, kat sini hanya mampu tengok jer lah. Saya biasanya ke sini kalau nak beli handbag atau parfum. Itu pun pembelian yang memang dah dirancang dengan bajetnya. Bukanlah, tengok berkenan dan boleh terus beli. Contoh seperti baju, pants memang cantik tapi hanya mampu tengok. Itu sebab malas lama lama di sini, sekadar nak menengok jer. Lain lah dengan orang kaya yang tengok dan terus beli. 

Sementara menunggu hujan berhenti, kami pergi minum di Restoran Hafiz Mustaffa yang sangat sedap kunafanya. Restorannya tidak jauh dari Harrods, hanya di seberang jalan sahaja. Bilik air yang terletak di tingkat bawah restoran ini, sangat cantik dan ekslusif ala ala bilik air di Harrods juga. Ada juga prayer room. 

Di sini walaupun makan dessert dengan air teh jer, bil mencecah £80 juga. Memang kalau tak convert tak terasa mahal pun. Kat Malaysia pun sekali makan, memang lebih dari RM100 juga. Tapi bila convert, aduhaai…


Hujan tak berhenti langsung, jadi kami buat keputusan untuk meredah hujan dan mengambil bas untuk ke beberapa kedai di Oxford Street untuk mencari barangan buat cucu cucu. Kami singgah juga di Primark kerana ada kiriman untuk kami belikan baju tidur. Cantik dan tahan lasak pakaian Primark. 

Tak lama kami di sini kerana hari dah mula gelap. Musim winter ni, waktu siang sangat pendek. Kami balik berjalan kaki ke apartment dalam keadaan hujan renyai renyai. Nak naik uber pun, macam tak berbaloi sebab dekat jer. 

Balik bilik, terus mengemas barangan, mulai packing. Seperti biasa inilah saat tak menyeronokkan bila bag dah tak muat. OK setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri berikutnya di SINI


Catat Ulasan for "London Wales Day 7 - Hyde Park"