Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Wales Day 6 - Bicester




Alhamdulillah bersua lagi. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Hari ini merupakan hari ke6 percutian London Wales Januari 2025 kami. 

Saya dan Nelly bercadang dah beberapa hari nak ke Bicester Village. Dah beberapa hari juga mencari kereta untuk disewa. Tapi masalahnya sewa semua mahal kerana mereka sewa kereta sekali dengan pemandu. Kami pulak tak bawa lesen memandu. 

Kalau kereta yang disewa dari syarikat, memang murah tapi deposit sangat mahal. Ada sehingga RM1500. Saya pernah alami peristiwa tak menyeronokkan bila deposit RM5000  burnt begitu sahaja masa bercuti tahun 2019 dulu. 

Akhirnya keputusan dibuat ialah saya dan Nelly sahaja pergi dengan menaiki train dari Maryleborne stesyen yang sebenarnya tak jauh dari apartment kami. Nelly mengajak saya berjalan kaki sahaja. Perjalanan ke Bicester mengambil masa 1 jam dan seperti biasa seronok melihat pemandangan sepanjang perjalanan.

Kami kemudian berjalan dari stesyen ke Bicester Village. Sangat dekat rupanya. Dulu saya mengambil shuttle dari stesyen untuk ke sini. Waah pengalaman baru lah juga. 

Seharian kami di sini. Masya Allah sejuk tak boleh nak diceritakan. Sementara Nelly berjalan di butik butik mencari barangan yang dipesan, saya hanya menunggu di tempat makan sahaja. Bila rasa boring, saya ikut Nelly masuk ke butik butik di sana. 


Selepas itu kami makan tengahari di Restoran Shan Shui. Orang terlalu ramai yang queue. Jadi saya dan Nelly makan di bangku di kaunter mereka sahaja. Selepas makan, terus berjalan lagi sebelum kami singgah membeli luggage. 


Sebelum balik, kami singgah di butik Samsonite untuk mencari luggage menggantikan luggage yang dah bertahun tahun diguna. 

Balik apartment, saya tak keluar kerana keletihan. Saya hanya memasak untuk menghabiskan stock barangan dapur. Hanya Nelly keluar dengan Aween ke Oxford Street. 

Saya menyediakan lauk rendang menggunakan pes Rendang Azie Kitchen. Sangat mudah menyediakannya. Lebur semua sekali. Sekejap jer dah siap. OK setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi. 

Catat Ulasan for "London Wales Day 6 - Bicester"