Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Wales Day 5



Assalamualaikum kita bertemu lagi. Kali ini saya menyambung catatan perjalanan kami di Wales. Hari ini merupakan hari kelima, tibalah hari untuk kami balik ke London. Jangan lupa untuk baca entri sebelum ini, boleh klik di SINI

Seperti biasa saya terjaga pukul 3.00 pagi, bangun untuk memasak nasi goreng. Malam tadi Nelly ada belikan telur. Jadi nasi goreng kami dimakan dengan telur mata. 

Saya sebenarnya tersilap percaturan bila memilih waktu jadual bas. Saya terlupa yang kebanyakan hotel dan airbnb di sini waktu check out adalah pukul 10.00 pagi. Sedangkan jadual Bas kami adalah pukul 12 tengahari. Aduhaai parahlah pulak. 



Kami cuba juga untuk hubungi tuan rumah. Seperti biasa lah, tak menjawab call dan juga tak reply message. Jadi selepas packing, kami ambil uber kami keluar dan pergi ke Bod Bakery dulu. Sambil menunggu masa, untuk ke stesyen Bas, kami minum dulu di sini. 



Bas bertolak pukul 12.21 tengahari ke Victoria Coach Station. Hari ini baru nampak matahari di Wales. Cuaca cantik untuk bergambar. Bas penuh juga kali ini kerana bas ada mengambil penumpang di bandar. 

Sampai di London, kami terus ambil uber untuk ke tempat penginapan di Evelyn Court. Sampai jer di apartment, selepas solat, saya dan Nelly keluar untuk shopping. Hari ini kedai dan shopping mall dibuka sehingga pukul 9.00 malam. Kami berjalan keluar lebih kurang 5 minit sahaja untuk ke hentian bas yang terdekat ke Bond Street. 

Sekali kami ubah fikiran, untuk singgah di John Lewis dulu selepas melihat bas berhenti betul betul depan John Lewis.  Di sini saya beli bag Longchamp untuk dipakai basahan. Selepas itu, kami keluar san menunggu bas nombor yang sama untuk ke butik Polene. 


Sementara itu, Hubby dan Aween ke Bank Negara Malaysia London untuk ambil bag yang ditinggalkan di sana. Kami mengambil uber untuk balik ke apartment. Pendek kata duit banyak habis untuk ke sana sini dengan uber. 

Kami kemudian keluar untuk makan malam di Restoran Fish and Chips. Anak anak mengajak untuk berjalan kaki sahaja kerana tiada bas untuk ke sana. Yang ada hanya naik uber atau berjalan kaki selama 18 minit. Hahaha banyak berjalan, sehingga ada yang lebih dari 10 ribu steps sehari. 


Saya sebenarnya dah mengantuk dan keletihan, jadi makan pun dah tak berapa lalu. Saya makan sedikit sahaja. Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi entri seterusnya. 


Catat Ulasan for "London Wales Day 5"