London Wales Day 3 - Cardiff
Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan percutian London Wales Januari 2025 untuk Day 3. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Seperti semalam hari kedua, hari ini pun saya masih terjaga pukul 2.00 pagi. Bila dah pasang heater, dah kepanasan lah pulak. Saya bersembang dengan Nelly sebelum bangun menyediakan sup maggi. Terasa sangat sedap makan sup maggi ayam dalam cuaca sejuk sejuk.
Selepas solat Subuh, kami bersiap siap untuk ke Wales. Pukul 9.15 pagi kami check out dan mengambil uber untuk ke Victoria Coach Station.
Aween yang mencadangkan untuk naik bas sahaja kerana lebih mudah dengan bag yang banyak berbanding dengan train. Saya ikut sahaja apa yang dicadangkan. Kalau ikutkan, saya lebih suka naik train. Dapat melihat pemandangan sepanjang perjalanan yang mungkin lebih cantik berbanding dengan pemandangan sepanjang highway.
Kami naik uber dan sampai sana terus ke gate 14 untuk bas ekspress 507. Bas bertolak tepat pukul 10.00 pagi dan mengambil masa selama 3 jam perjalanan. Serious saya memang suka melihat pemandangan sepanjang perjalanan. Pada saya, seluruh UK ni cantik dengan design rumah dan bangunan mereka. Tak terasa pun, 3 jam tu lama. Rasa macam sekejap jer.
Sesampai di tempat perhentian bas, kami mengambil uber untuk ke airbnb. Memang kesejukan sangat bila berada di luar. Lagi lagi dengan angin yang agak kuat.
Selepas solat, kami keluar ke bandar Cardiff sebab masing masing dah kelaparan. Maklumlah makan pukul 3.00 pagi. Kami ambil uber dan pergi makan di Restoran Syriana, restoran makanan Syria.
Kami makan nasi mandy kambing, ayam dan lamb ribs grilled. Portion sangat besar lah pulak. Dah masing masing kekenyangan. Sedangkan janji dengan Umi nak makan di rumah dia di sebelah petang. Terpaksa memberitahu Umi untuk datang agak lewat petang.
Dari sini, kami kemudian berjalan ke tengah tengah pusat bandar Cardiff di mana terdapatnya pusat membeli belah terbesar di sini iaitu St David. Sekelilingnya ada juga M&S, Primark, Clark dan banyak juga restoran. Di sini lah kiranya pusat bandar Cardiff.
Bila sampai di sini, Aween mengajak berjalan ke depan lagi untuk bergambar di tepi sungai. Kami melalui Cardiff Castle yang juga cantik dan kita boleh masuk ke dalamnya. Tapi sebab saya nak cepat sebelum kedai kasut Clark ditutup, kami cuma bergambar di hadapan pintu masuk sahaja. Nak juga kena cari kasut kerana saya tak bawa kasut untuk pakai di majlis konvokesyen Aween keesokannya.
Selepas bergambar, kami berpatah balik dan singgah beli baju winter dan kena berjalan laju ke Clark kerana kedai ditutup pukul 6.00 petang. Tak banyak masa dan tak banyak pilihan, jadi ambil jer apa design yang ada yang rasa sesuai dengan kaki saya. Cari juga di London tapi taknada design yang sesuai. Banyak yang bertumit tinggi atau design runcing di depan.
Selepas, itu segera mengambil uber untuk ke rumah Umi selepas melihat banyak missed call dari Umi. Saya tak perasan pun mungkin kerana handphone ada dalam handbag.
Kami sebenarnya berjanji untuk ke rumah Umi @Maria untuk makan tengahari. Tetapi kerana dah kekenyangan, kami beritahu nak pergi pukul 5.30 petang, kira makan malam terus.
Kami sampai apartment Umi dalam pukul 6 petang tapi sebab musim winter ni, hari dah amacam pukul 9.00 malam kalau hari biasa. Masih kekenyangan tapi kerana Umi dah masak pelbagai lauk pauk Melayu yang sedap, makan lah juga.
Saya makan sedikit sahaja kerana memang dah kekenyangan. Nasib baik Umi masak banyak dan mencadangkan untuk kami membawa balik. Alhamdulillah rezeki. Jadi dibekalkan pada kami untuk dibawa balik.
Serious kari mutton sangat sedap, udang berlado dengan terung pun sedap. Ayam cryspy madu pun sedap. Semua sedap lah. Saya pun apalagi siap meminta resipi dari Umi. OK setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri seterusnya.
Catat Ulasan for "London Wales Day 3 - Cardiff"
Add your comment