Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Wales 20-28 Januari 2025 Day 1



Pemergian kami ke United Kingdom kali ini adalah untuk menghadiri majlis konvokesyen Hazween. Dia tidak pernah menghadiri mana mana majlis graduasi kerana menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda ketika pandemik covid 19 melanda dunia. 

Jadi saya merasakan adalah perlu untuk hadir bagi majlis konvokesyen pertama bagi Hazween seperti mana kami menghadiri majlis konvokesyen anak anak yang lain. Keputusan ini saya yang buat sendiri, bukan permintaan Aween. Sebagai ibu, kita kena bijak membuat keputusan walaupun ada perkara lain yang perlu dikorbankan. Seorang ibu akan melakukan apa yang terbaik untuk kegembiraan apa lagi ianya adalah majlis yang hadir sekali seumur hidup. 

Perjalanan saya ke London ni dah banyak kali saya kongsikan. Sehingga ada yang mengusik bahawa London dah macam secondhome saya. Tapi catatan ini adalah untuk memori sahaja supaya tidak lupa. Lagi pun saya memang suka UK dan tak sabar untuk ke sana lagi dan lagi. 



Kali ini saya memilih penerbangan Emirates walaupun ada transit kerana anak anak mengatakan penerbangan Emirates atau Qatar lebih baik dan lebih selesa. Lagi pula bila ada transit, kita tidak terlalu penat dan kaki pun tidak bengkak seperti sebelum ini. 

Kami keluar dari rumah pukul 8.00 malam dengan dihantar oleh Alain, Nana dan Juita serta Ammar Yahya dan Aliya Hajar. 

Sampai di KLIA pukul 9.00 malam. Kami turun ke food court di tingkat 2 kerana kaunter check in belum lagi dibuka. 


Selepas check in masuk, kami singgah minum di cafe yang berdekatan  dengan departure gate kami. Semasa di sini, ada seorang jemaah yang akan berangkat umrah menegur, ini Kak Azie ke. Hahaha ada juga yang tahu keberangkatan kami ya. Terima kasih kerana menegur. 


Penerbangan Emirates EK0343 ke Dubai berlepas pukul 1.25 pagi pada 20 Januari dan memakan masa selama 6 jam 40 minit ke Terminal 3 Dubai. Kami tiba di Concourse B, pukul 4.45 pagi waktu tempatan. 

Ini adalah kali pertama saya mengambil penerbangan Emirates ke London. Pertama kali juga tiba di Terminal 3 Heathrow International Airport. Sepanjang penerbangan, kami dihidangkan dengan 2 kali makan sekali light snack selepas berlepas iaitu chicken sandwich dan 2 jam sebelum mendarat stir fry chicken with egg noodles. Sedap walaupun masih kekenyangan. 

Penerbangan penuh dengan jemaah yang bertolak untuk mengerjakan umrah. Sesampai di Concourse B, Terminal 3 Dubai Airport, kami terus ke connecting dan berjalan ke tempat duduk B23 sementara menunggu masuk waktu solat Subuh. 

Bila berada di sini, teringat kawan kawan semasa kami ke Morocco di mana kami semua lepak dan tidur di bangku berdekatan gate B29 sebelum berjalan kemudian naik buggy untuk ke surau yang lebih besar dan selesa berdekatan C19. Boleh klik di SINI


Saya solat di surau depan gate B29 yang memang penuh sesak kerana bilik solat yang kecil sahaja. Di sini memang tiada surau wanita selain surau ini. 

Penerbangan dari Dubai ke London mengambil masa selama 8 jam 10 minit. Bertolak 9.40 pagi waktu tempatan dan tiba di Terminal 3, Heathrow International Airport pukul 5.40 petang. Lebih kurang pukul 9.00 malam waktu Malaysia. Penerbangan sangat selesa kerana tidak ramai penumpang di dalam penerbangan ini. 


Hidangan tengahari semasa dalam penerbangan sangat sedap. Saya pilih menu beef stroganoff bersama roasted potatoes, creamy potato salad with crunchy vegetable slaw sebagai appetiser. 


Sebelum mendarat kami diberikan chicken sandwich. Entah kenapa sandwich Emirates atau Qatar Airlines sangat sedap. Secara jujur betul lah hidangan dalam Emirates sedap sedap. Seat juga rasanya lebih selesa. Maklumlah semuanya menggunakan airbus A380. Tiket juga lebih murah. 

Sebaik mengambil bag, kami keluar dan mengambil lift turun untuk mengambil train untuk ke Paddington train station. Dari train station, kami berjalan sedikit sahaja dah sampai ke tempat penginapan kami di Aspen Suites. 


Kesejukan dalam bilik walaupun ada heater. Dalam hati aduhaai macam mana nak dok negara sejuk ni kalau dah menggigil kesejukan. Selepas solat dan mandi saya mula tertidur kerana jet lag. Nelly dan Aween keluar beli kebab Taza untuk makan malam.  

Saya bangun makan dan kemudian sambung tidur. Pukul 2.00 pagi waktu London, saya dah terjaga dan tak boleh tidur. Saya masuk ke dapur untuk rendam mee hoon. Kemudian masuk bilik sebelum bangun untuk menggoreng mee hoon dan makan pagi pagi buta dengan Nelly. 

Hahaha dalam kesejukan cepat lapar jadinya. Lepas tu, sambung berbaring sehingga tertidur. Setakat ini dahulu, catatan perjalanan hari pertama percutian London Wales Januari 2025. Jangan lupa entri seterusnya. 



Catat Ulasan for "London Wales 20-28 Januari 2025 Day 1"