Kari Ikan Sedap Kebabom
Sejak balik dari UK, saya masih belum pulih sepenuh dari jetlag. Aduhai pergi seminggu, jet lag juga seminggu. Bila tidur tak cukup, mula lah kita rasa penat dan asyik mengantuk. Bila dah berusia ni, memang proses recovery ni lambat.
Saya happy sangat bila jiran mengajak saya join kelas mengaji di rumah mereka. Dah lama saya mencari guru yang saya boleh belajar kerana banyak guru mengajar secara online. Alhamdulillah semoga dipermudahkan. Insya Allah. Aamiin.
Saya memang suka kari ikan, apalagi kari yang dimasak dengan rasa masam masam ala kari mamak. Bukan sahaja makan dengan nasi, cicah roti atau roti canai pun sedap kebabom tau. Try lah.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Kari Ikan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan
1 sudu kecil halba campur
1 pelepah daun kari
3 sudu besar serbuk kari ikan
Sedikit serbuk cili
1/2 sudu besar pes asam jawa
1/2 sudu besar garam
1 kotak santan kotak
10 biji kacang bendi
Bahan tumbuk kasar:
4-5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia
Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan halba campur dan daun kari. Setelah sedikit halba meletup, masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Kacau dengan cepat supaya tidak hangus. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
Masukkan santan dan biarkan masak dan terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan pes asam jawa dan garam.
Masukkan air secukupnya. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan ikan dan setelah ikan hampir masak, masukkan kacang bendi dan garam secukupnya, jika belum cukup rasanya.
Setelah kacang bendi hampir lembut, terus tutup api.
Catat Ulasan for "Kari Ikan Sedap Kebabom"
Add your comment