Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Kuching Day 5 - Serikin & Tasik Biru


Alhamdulillah saya telah pun sampai ke catatan hari terakhir JJCM Kuching dari 1-5 Januari 2025. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Alhamdulillah ianya dapat disiapkan sebelum saya berlepas ke UK malam ini. 

Pagi pagi lagi, kami turun sarapan. Hari ini tiada aktiviti jogging. Selepas sarapan, kami terus turun dan check out. Selepas bergambar di depan hotel, kami naik bas menuju ke Pasar Serikin yang memakan masa 1 jam 20 minit perjalanan dari Kuching. 

Pasar ini terletak bersempadan dengan Kalimantan. Jadi barang barang yang dijual di sini dikatakan banyak barang yang dibawa masuk dari sana. 




Pasar ini memanjang jauh ke belakang. Kalau nak berjalan sampai habis, memang tak larat. Lagi pulak, cuaca panas terik. Pada pandangan saya, barangan yang dijual di sini tidak lah semurah mana. 

Lagi lagi saya orang Kelantan yang biasa melihat barang Siam yang murah di Kota Bharu. Jadi saya mengajak Hubby berpatah balik untuk ke restoran Jawa Muslim untuk minum sambil menunggu rakan rakan lain selesai shopping. 


Selepas 1 jam di sini, kami dibawa untuk makan tengahari di Siti Cafe sebelum dibawa ke masjid untuk solat. Masakan di sini memang sedap dan berasa. Semuanya kena dengan selera. 

Udang galah besar dimasak sambal sangat sedap. Begitu juga dengan umbut kelapa. Tidak lupa, di sini baru kami dihidangkan dengan ikan terubuk masin. 






Sebelum keluar, owner datang untuk bergambar kerana anaknya memberitahu, itu macam Azie Kitchen.  Muda dan cantik ownernya. 


Selepas itu, kami dibawa ke masjid untuk menunaikan solat. Kemudian dibawa ke Tasik Biru. Ianya masih terletak di daerah Bau. Dalam perjalanan Zizan sempat menceritakan asal usul daerah ini dinamakan Bau. Ianya berikutan dengan bau beratus ratus mayat mereka yang mati lemas dalam gua selepas di pintu gua dibakar oleh pengikut James Brooke. 

Kami kemudian turun ke bawah untuk menaiki bot. Air tasik ini berwarna hijau dengan banyak ikan yang besar besar di dalamnya. Semasa menaiki bot, hujan mulai turun dengan lebat sehingga kami semua basah kuyup kerana terkena tempias air hujan. 






Selepas keluar dari boat, hujan dah reda, jadi kami seramai 4 pasangan berjalan menyusuri jambatan terapung untuk bergambar. Tiba tiba jer hujan turun semula dengan lebat sehingga kami terpaksa berlari mencari perlindungan. 





Oleh kerana baju dan kasut semua basah, kami pergi semula ke masjid tadi untuk menukar pakaian. Kemudian kami singgah di mall untuk mengisi masa kerana flight yang sepatutnya pukul 6.00 petang ditukar ke pukul 9.00 malam. 

Kemudian dibawa untuk makan malam pukul 5.00 petang. Makan malam yang awal. Kelihatan makanan laut di sini segar segar. Tapi secara jujur, masakan ini di sini kurang sedap. Atau mungkin tak kena dengan selera saya. 


Dari situ, baru ke airport. Dengan ini berakhirlah percutian JJCM kami yang ke15. Keseronokan bercuti bersama kawan kawan tidak sama dengan bercuti bersama keluarga. Alhamdulillah selesai sudah catatan perjalanan JJCM Kuching. 


Catat Ulasan for "JJCM Kuching Day 5 - Serikin & Tasik Biru"