Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Kuching Day 4 - Sarawak Cultural Village



Alhamdulillah kita bersiaran lagi. Kali ini catatan perjalanan hari keempat JJCM Kuching pada 1-5 Januari 2025. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Hari kami ke Sarawak Cultural Village dan ini merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke sini. 

Kali pertama awal tahun 1990an bersama rakan rakan sekerja ketika menghadiri Central Banking  Course. 


Yang pasti kunjungan kali ini lebih menyeronokkan. Tiada bebanan tugas yang perlu difikirkan. Persahabatan hampir 40 tahun, menjadikan kami saling memahami perangai masing masing. 

Rumah pertama kami singgah ialah rumah Penan. Gambar di bawah adalah rumah kedua yang kami kunjungi. Rumah Iban yang sangat besar. Kami siap menari nari lagi bila alunan muzik dimainkan di dalam rumah Iban. Kami semua sporting di mana semua ikut sama menari. 






Saya tidak ikut masuk rumah ketiga. Ketika itu saya sangat kepenatan, saya duduk di tempat yang ada tangga untuk berehat. 

Rumah keempat rumah orang Ulu pun kami tak naik kerana terlalu tinggi untuk memanjat tangganya. Jadi kami hanya bergambar di bahagian hadapan rumah sahaja. Boleh tengok rumah orang Ulu dalam gambar di bawah. 



Saya telah membuat kesilapan besar di sini ialah bila tak bawa tisu dan kipas. Sedangkan semua itu ada dibawa di dalam bag yang ditinggalkan dalam bas. Cuaca sangat panas sehingga kita menjadi berpeluh peluh. 

Yang paling tak tahan, bila peluh masuk ke mata. Saya mengalami allergi di mana bila berpeluh, jadi gatal. Aduhai bawa tapi tinggal di dalam bas. Jadi kalau sesiapa ke sini, bersiap dengan kipas dan tisu muka secukupnya. 

Kami kemudian ke rumah Melanau yang sangat besar dan menpunyai banyak bilik. Di sini ramai cuba menari tarian mereka yang menggunakan buluh. 






Selepas pusing semua rumah rumah di sana kami ke dewan utama untuk show tarian budaya yang diadakam setiap hari pukul 11 pagi dan 4 petang. 

Seperti yang saya tulis sebelum ini, semua dalam kumpulan kami sangat sporting. Bila dijemput naik ke pentas, pasti ada wakil kumpulan kami untuk naik menari sama. Di sini yang paling seronok ialah melihat permainan sumpit oleh peserta dari kalangan penonton. 




Selepas show, kami makan di restoran Budaya yang terletak di bahagian luar dewan yang diadakan show. Sedap lauk pauk di sini. Masakannya secukup rasa. Ada asam rebus ikan, Ayam Pansuh, sayur pucuk paku yang digoreng belacan, umai dan sayur yang saya tak pasti kerana saya tak makan. 




Balik Selepas makan kami naik bas untuk balik ke Kuching. Sepatutnya kami turun bergambar di kawasan Astana, Masjid Negeri dan tempat menarik di situ. Tapi oleh kerana semua kepenatan dan hari pulak, panas terik, kami minta dihantar balik ke hotel sahaja. 


Balik dari sini saya dan Hubby berjalan cari buah durian di kawasan dekat hotel. Tapi sebab nak isi durian berwarna kuning, kami beli durian yang ditimbang. Kalau yang sebiji sebiji, harga baru RM7-10 sebiji. Yang kecil ada berharga RM2.00 sahaja. 

Sebelah malam, kami keluar makan di Topspot dalam keadaan hujan lebat. Basah juga lah kerana keluar lift perlu berjalan di dalam hujan untuk ke tempat makan. Ok setakat ini dahulu dan jangan lupa nantikan entri seterusnya. 

Catat Ulasan for "JJCM Kuching Day 4 - Sarawak Cultural Village"