Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Kuching Day 3 - Supper Di Rooftop


Alhamdulillah rezeki bila Haji Taufik dan Puan Hadiah sekali sudi meraikan kami dengan “supper” di The Waterfront Hotel Rooftop. Boleh klik entri shopping dan cruise sebelum ini di SINI

Jadi kami selesai jer cruise, terus ke tempat makan malam kerana tempahan telah dibuat dan dibayar. Kami makan ala kadar sahaja dengan meratah lauk pauk. Sedap sedap lauk lauknya. 

Balik ke bilik, saya mandi dan menukar pakaian. Hubby terus pergi ke Rooftop kerana Haji Taufik dan isteri telah pun sampai. 



Hidangan simple tapi sangat sedap. Pemilihan kuih muih panas seperti keropok lekor, cucur udang, ayam goreng 5 rempah. 

Selain itu ada juga sandwich dan cream brulle. Keropok lekor disediakan sendiri di Sarawak. 




Gemerlapan bunga api menambahkan keindahan malam di bandar Kuching yang memang telah sedia bermandikan cahaya. 



Selesai makan, kami bersembang sembang sebelum minta diri untuk balik ke bilik. Aktiviti hari ini memang membuatkan kami sangat kepenatan dan keesokannya menpunya aktiviti yang padat. 

Terkilan juga kerana tetamu meninggalkan majlis sebelum tuan rumah. Apa apa pun kami sangat terharu atas kesudian Puan Hadiah dan suami untuk meraikan kami. Bukan sekali tetapi dua kali. 

Terima kasih juga kepada Datin Anriza, owner The Waterfront Hotel yang sudi meraikan makan malam kami. Semoga business hotel ini bertambah maju. Ok setakat ini dahulu, jangan lupa baca entri seterusnya. 



Catat Ulasan for "JJCM Kuching Day 3 - Supper Di Rooftop "