Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Kuching Day 3 Shopping & Cruise



Assalamualaikum bersua lagi dengan sambungan catatan perjalanan JJCM Kuching pada hari ketiga. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Pagi pagi kami berjogging di jambatan Darul Hana menyeberangi sehingga ke tepi Astana.  




Oleh kerana dah hampir sebulan tidak melakukan aktiviti dan beriadah, maka saya agak kurang stamina dan mudah tercungap cungap. Cantik sungguh jambatan Darul Hana ni. 

Pemandangan masjid, Astana, Dewan Undangan Negeri menjadikan ianya spot yang menarik untuk bergambar. Lagi lagi sungai yang luas dengan boat menambahkan lagi keindahan persekitaran. Kalau lah saya diberi masa yang lebih, pasti saya akan pergi lagi berjogging di sana. 





Balik dari jogging terus ke restoran untuk sarapan. Naik bilik dan bersiap untuk aktiviti hari ketiga di Kuching. Hari ini, kami dibawa ke kilang pembuatan kek lapis di Kek Lapisan Warisan dan ikan terubuk masin.




Di Kek Lapis Warisan, kami diberi peluang untuk melakukan live demo melapis kek lapis. Sekali melapis, dibuat 3 loyang terus. Memang mencabar juga buat kek lapis ini kerana oven yang terletak di belakang menjadikan kita berpeluh kepanasan. Ala ala sauna. Tapi seronok dapat merasai pengalaman melapis kek di sini. Apa lagi bila ramai ramai pakat mencuba. 

Sebiji kek dilapis dalam 14-15 lapis. Selepas setiap lapis, kek akan dibakar dalam 4-5 minit. Jadi boleh kira lah masa yang diambil untuk menyiapkan sebiji kek lapis. Sebiji kek akan dipotong menjadi 6 keping kek lapis. 







Selepas melapis, kami beredar ke dalam kedai untuk membeli kek lapis. Ada sample untuk kita rasa sebelum membuat pilihan. Isi borang dan kek akan dihantar ke hotel. Selepas selesai beli kek lapis, kami ke kedai sebelah untuk order terubuk masin. 


Dalam perjalanan balik, Zizan singgah di pasar untuk mencari buah tarap. Saya memang tak pernah tengok buah ni, apalagi nak merasainya. Saya melihat dalam tiktok di mana mereka mengupas buah tarap dengan menggunakan tangan sahaja. Alhamdulillah ada buahnya walaupun di luar musim. Sebiji buah tarap, harga dalam RM18-20.00. 


Kemudian kami dibawa makan tengahari di The Reef. Cikgu Badariah yang juga membeli buah tarap membawanya ke restoran untuk dinikmati bersama kawan kawan yang lain. 



Alhamdulillah, akhirnya dapat makan buah tarap. Isinya lembut seperti buah cempedak, bijinya kecil kecil sebesar biji guli. Ada bau macam cempedak tapi bau nya tidak sekuat bau cempedak. Satu kelainan walaupun nampak macam satu famili dengan buah cempedak. 

Kami kemudian balik ke hotel untuk berehat. Sementara itu, para suami dihantar ke masjid untuk solat Jumaat. Kami keluar pukul 3.30 petang dan ke Jalan Little India untuk cari baju cucu cucu. Tapi tak ada pun kedai menjual barang souvineer di situ. 

Kami berjalan ke deretan kedai berhadapan sungai dan singgah beli baju baju di situ. Ternampak pula bas kami di parking di situ, jadi kami meninggalkan barang barang yang dibeli di dalam bas. 

Kami kemudian berjalan ke jeti untuk aktiviti cruise dengan Sarawak River Cruise. Bila bersama kawan kawan, menaiki cruise lebih menyeronokkan. 



Cruise menyusuri Sungai Sarawak dari pukul 5.30 sehingga pukul 7.00. Jadi berpeluang untuk menikmati keindahan langit ketika matahari terbenam. Ada juga persembahan tarian untuk menghiburkan penumpang dalam pelayaran. 


Saya sempat juga bergambar dengan berlatarbelakangkan rumah Allahyarham Tun Patinggi Abdul Taib Mahmud yang terletak di tepi sungai. Boleh tengok gambar di bawah ini. 




Ketika cruise menghampiri tempat menarik, kami semua mula bersedia dengan posisi masing masing untuk bergambar. Nasib baik lah Zizan sporting dan bersedia untuk melayan kami. 







Selepas makan malam di Restoran Baba Ganoush, kami balik ke hotel. Sedap juga masakan di sini di mana adanya asam pedas, sayur pucuk manis goreng telur, udang butter dan banyak lagi. 



Tapi kami tak makan banyak kerana kami telah dijemput untuk supper di Rooftop oleh Haji Taufik dan Puan Hadiah. Kami makan meratah ratah lauk pauk sahaja. Ok setakat ini dahulu, nantikan entri seterusnya. 


Catat Ulasan for "JJCM Kuching Day 3 Shopping & Cruise"