Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Kuching Day 2 - Semenggoh Nature Reserve




Ahamdulillah kita bersua lagi. Kali ini saya menyambung catatan perjalanan hari ke2 JJCM Kuching bersama geng alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Pagi pagi hari kedua, kami keletihan sehingga tidak dapat join kawan kawan yang berjogging di jambatan Darul Hana yang merentasi sungai Sarawak sehingga ke kawasan bersebelahan Astana. 

Kami terus ke restoran untuk sarapan pagi. Selain menu utama, di restoran dihidangkan juga menu kuih muih tradisional seperti apam, kuih bongkol, kuih lapis dan banyak lagi. 


Selepas sarapan, kami naik ke bilik untuk bersiap siap di mana destinasi hari ini ialah ke Semenggoh Nature Reserve. Kami kena cepat kerana mahu sampai tepat dengan feeding time. 

Tapi kami telah diingatkan kemungkinan untuk orang utan tidak keluar adalah besar kerana sekarang musim buah. Banyak makanan di dalam hutan yang menyebabkan mereka mungkin tidak keluar ke kawasan feeding platform. 

Sebaik sampai kami dimaklumkan bahawa terdapat orang Utan yang keluar. Jadi kami perlu segera masuk. Tak sempat pun untuk bergambar dulu di pintu masuk. Kalau lambat, orang Utan mungkin akan masuk semula ke hutan. 

Kami naik train buggy dan dari tempat parking, kami kena berjalan agak jauh menuruni bukit yang agak cerun. 



Sepanjang berjalan turun, ternampak satu orang utan sedang bergayut di pokok. Kita dinasihatkan agar memperlahankan suara supaya tidak mengganggu orang Utan. 

Orang Utan di sini menpunyai nama masing masing yang diberikan mengikut nama penaja seperti Anakku. Ketua orang Utan juga bergilir gilir mengikut kekuatan. 

Orang Utan jantan boleh dikenali dengan bentuk muka yang lebar. Lagi lebar pipinya, dikatakan sebagai lagi handsome. Orang Utan jantan yang lemah akan melarikan diri ke kawasan lain sehingga mati. Nama ketua orang Utan ketika ini ialah Anwar. 



Sebaik masuk, kami terus ke feeding platform, di mana ketika itu telah ada seekor orang Utan sedang makan buah durian, rambutan dan buah kelapa. Kami dapat melihat bagaimana orang Utan mengupas durian dengan gigi. Biji durian juga dikeluarkan. 



Selepas orang utan tersebut beredar, kami juga beredar. Seperti biasa, kami bergambar kenangan di sini. Dulu masa datang dengan anak anak, tak ada pun sempat mengambil gambar. Hahaha itu lah beza bercuti dengan kawan kawan berbanding dengan bercuti bersama keluarga. 


Kami kemudian keluar dan bergambar kenangan di pintu masuk. Selepas itu, kami mula berjalan keluar untuk ke train buggy. Cabaran besar adalah untuk mendaki jalan yang cerun tinggi untuk ke tempat train buggy. Memang tercungap cungap dibuatnya. Maklumlah saya dah sebulan selepas prosedure batu karang, tidak dapat melakukan sebarang exercise. 




Hari agak panas terik, kami semua cepat cepat masuk ke kedai menjual barang cenderahati yang ada aircond. Di sini ada dijual T shirt yang bermotifkan orang Utan tapi sayang sekali sebab tiada t shirt untuk saiz kanak kanak. Kami kemudian naik train buggy untuk keluar dan bergambar di pintu masuk utama pula. 



Seperti biasa, sebelum meninggalkan pusat ini, kami akan bergambar kenang kenangan. Dapat pulak geng yang semuanya sporting bila bergambar, lagi lah best. 



Selesai bergambar, kami naik bas untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Jong’s Crocodile Farm. Jangan lupa entri seterusnya di SINI



Catat Ulasan for "JJCM Kuching Day 2 - Semenggoh Nature Reserve"