Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Kuching Day 2 - Jong's Crocodile Farm dan Durian



Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan perjalanan JJCM Kuching hari kedua. Selepas keluar dari Semenggoh Nature Reserve, kami di bawa menuju ke Jong’s Crocodile Farm. Boleh klik entri sebelum ini di SINI


Sepanjang berjalan menuju ke tempat feeding, kami singgah melihat pelbagai jenis dan spesis buaya yang diternak di situ. Selain buaya, ada juga burung merak, itik, ikan juga. 




Ketika melihat buaya diberi makan, ramai rombongan pelajar sekolah yang ada bersama. Seronok bila melihat buaya menyambar makanan yang diikat pada tali yang nerentangi tasik. 




Dalam perjalanan balik, kami singgah makan ais krim yang dibelanja oleh Dr Abdol Aziz. Memang nyaman sangat dalam keadaan panas dapat menikmati ais krim yang sejuk sejuk. 


Dari pagi kami pesan pada Zizan untuk cari tempat jual durian. Semasa kami di taman buaya, pemandu bas kami merisik di mana tempat ada jual durian. Kebetulan tempat ini tidak jauh dari kampung beliau. 

Hasil risikan beliau, kami pergi ke tempat pengumpulan durian yang baru dibawa turun dari bukit. Ketika kami sampai ada 3-4 orang pemuda yang memikul bakul durian juga baru sampai. Nampak lah durian tersebut, baru luruh. 

Nama tempat itu adalah Bung Siburan Heritage Association BSHA. Memang fresh lagi durian yang baru luruh. Isi durian di sini besar besar, agak agak saiz segenggam tapak tangan. 


Tapi amat sukar untuk cari durian yang isi berwarna kuning. Mungkin ada tapi katanya dah dicampurkan sekali. Yang banyak adalah isi berwarna putih. 

Ada juga isi putih yang sedap dan lemak tapi kena cari. Alhamdulillah kami makan sehingga kekenyangan. Terima kasih pada besan kami, YB Senator Dato Setia Salehuddin yang telah sudi belanja kami semua. 





Selepas makan, kami menaiki bas dan dibawa ke tempat makan di Kafe Heritage Central. Sepanjang perjalanan, kami dihiburkan dengan lagu lagu nyanyian oleh Dr Abdol Aziz. 



Selepas makan, kami dibawa ke Borneo Cultures Museum. Ada 5 tingkat. Kami hanya join yang tingkat 5 sahaja. Saya memang tidak berminat sangat dengan museum. 

Lagi pulak, saya dah benar benar sakit segala sendi. Sempat bergambar dengan bag pembawa budak. Ada beberapa batang gigi haiwan yang dijadikan hiasan bag tersebut. 


Bila rasa dah tak tahan, saya mengajak Hubby dan Cikgu Badariah untuk turun di restoran di tingkat bawah. Kami memesan minuman sementara menunggu kawan kawan selesai melawat museum. Hujan mulai turun dengan lebat. Jadi bas menurunkan kami di depan mall. Ok setakat ini dahulu, jangan lupa membaca entri seterusnya. 




Catat Ulasan for "JJCM Kuching Day 2 - Jong's Crocodile Farm dan Durian "