JJCM Kuching Day 1 - Bandar Kuching
JJCM Kuching adalah program pertama kami tahun 2025 dari 1 hingga 5 Januari 2025. Oleh kerana flight awal pagi, kami keluar dari rumah 4.30 pagi. Bila sampai di KLIA semua kawan kawan dah pun ada. Rupanya kami yang terakhir sampai. Memang silap saya kerana saya ingat nak keluar rumah pukul 4.30 pagi. Jadi saya sempat menunaikan solat Tahajjud dan Witir. Kali ini kami hanya seramai 7 pasangan bila beberapa pasangan tidak dapat menyertainya di saat saat akhir.
Selepas luggage drop, kami ke kopitiam untuk minum. Kemudian check in dan terus berjalan ke surau. Surau kecil dan agak padat kerana azan Subuh baru kedengaran ketika kami sampai. Rupa rupanya di depan sikit, ada sebuah lagi surau untuk wanita yang lengang kerana rasanya ramai yang tidak tahu keberadaan surau ini. Biasalah bila nampak surau semua akan terus masuk kan.
Kami kemudian berjalan ke gate pelepasan B11 yang agak jauh. Penerbangan take off pukul 8.10 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tepat mengikut jadual. Cuaca di Kuching mendung dengan sedikit hujan.
Di dalam penerbangan kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Saya memilih nasi lemak dengan rendang ayam. Sedap lah juga. Dah ada penambahbaikan dari segi rasa dan hidangan hidangan MAS.
Dah lama saya tidak ke Kuching. Kali terakhir rasanya 2019 atas urusan tugas rasmi. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk datang ke sini lagi. Yang pasti lebih mengembirakan ialah kali ini datang bercuti bersama kawan kawan. Sampai di airport di sambut oleh Zizan, tour guide kami dari Amezone Adventure Sdn Bhd (010-8404567).
Kami dibawa ke tempat untuk membeli cenderahati di kedai kristal. Menurut Zizan, harga di sini lebih murah berbanding dengan tempat lain. Seperti biasa, saya tak beli apa apa kerana saya dah banyak beli mutiara air masin di Kota Kinabalu kerana anak anak kerap ke sana atas urusan tugas rasmi. Selepas itu, kami dibawa untuk makan tengahari di Dapur Melanau.
Masakan di sini dihidang secara buffet tapi lauk pauk tidak ditambah. Maksudnya bila habis, lauk tidak akan di top up. Orang ramai ketika itu tapi tempat lauk pauk agak sempit untuk memuatkan pelanggan yang ramai. Di sini lah kali pertama saya merasai lauk umai yang diperbuat dari ikan. Sedap.
Selepas makan kami minta untuk dibawa mencari tempat ada menjual buah durian. Teruja bila dapat tahu di Kuching sekarang tengah musim durian. Harga durian di sini juga sangat murah di mana harga dikira mengikut biji bukan ditimbang.
Sebiji ada yang berharga RM7-10. Saiz buahnya agak besar. Cuma satu yang saya perhatikan buah durian di isinya berwarna putih. Memang tak jumpa durian isi warna kuning.
Selepas makan durian, kami dibawa ke tempat tempat menarik untuk bergambar di bandar Kuching. Bilik hotel pun belum siap. Tempat yang pasti singgah ialah tempat replika kucing yang terletak berdekatan dengan Hotel Margerita.
Selepas bergambar, kami terus dibawa check in di The Waterfront Hotel. Kali pertama kami menginap di hotel ini. Biliknya luas dan bilik air juga luas. Kami memilih bilik yang mengadap sungai.
Kedudukan hotel ini sangat strategik kerana berada di kawasan shopping, bersekali dengan mall dan dekat dengan jambatan untuk menyeberangi sungai. Kalau ke Kuching, jom menginap di hotel ini.
Kami semua berehat di bilik sehingga selepas maghrib. Selepas solat, kami kemudian berkumpul di lobi untuk keluar makan malam.
Kami keluar makan malam di restoran di bawah Topspot dengan menu seafood. Alhamdulillah selepas makan, Datin Setia Nursinah belanja kami minum air kelapa muda.
Selepas makan, kami ke mall yang bersambung dengan hotel untuk mencari baju yang sesuai untuk jogging pagi esoknya. Saya tak tahu pulak ada aktiviti jogging. Jadi memang tak bawa pakaian sesuai.
Ya lah kalau tak jogging, mesti rasa rugi kerana hotel ini sangat dekat dengan jambatan Darul Hana yang cantik dan unik. Ramai orang yang melakukan aktiviti jogging di sini.
Selepas shopping, saya terus naik bilik, terus berehat untuk aktiviti keesokannya. Geng para suami menpunyai aktiviti mereka sendiri. Nantikan sambungan entri untuk aktiviti hari kedua ya.
Catat Ulasan for "JJCM Kuching Day 1 - Bandar Kuching"
Add your comment