Nasi Goreng Ikan Masin
Saya hari ini telah pun discharge dari hospital selepas beberapa hari dimasukkan ward kerana menjalani prosedure membuang batu karang.
Alhamdulillah semua berjalan lancar cuma terdapat sedikit masalah bila saya tiba tiba diserang panic attack kerana mendengar apa yang diperkatakan oleh kakitangan di bilik operation. Saya tidak berniat untuk bimbang tetapi kebimbangan itu datang bila mana degupan jantung berdegup dengan kencang dan badan menjadi menggigil.
Berkaitan dengan kebimbangan, saya terjumpa video pesanan dari Tokku Pasir Gudang berkenaan kebimbangan. Kita diajar bila datang sahaja kebimbangan dunia kita, cepat cepat selesaikan supaya kita cuma bimbangkan akhirat.
Rasulullah ajar pada kita 4 perkara. Tak kira lah urusan berkaitan anak ke pasangan ke atau apa sahaja. Pertama, berdoa pada Allah supaya Allah selesaikan cepat urusan ni agar tidak mengganggu kita dari memikirkan bab akhirat kita.
Kedua, istighfar pada Allah. Banyakkan beristighfar bila ada rasa kebimbangan. Ketiga memperbanyakkan selawat pada Rasulullah. Memperbanyakkan selawat, akan dihilangkan kebimbangan dan diampunkan dosa. Banyakkan selawat. Kemuliaan memperbanyakkan selawat 1000 kali sehari.
Buat sekarang juga, buat setiap hari. Tak perlu tunggu maulidulrasul atau hari jumaat walaupun ada kemuliaan ditambahkan berselawat pada hari Jumaat. Hari biasa pun selawat juga. Buatlah 100 kali atau 1000 kali. Buat setiap hari. Saya istighfar dan saya selawat.
Ke4 solat. jaga solat kita sungguh sungguh. Solat sunat, solat taubat, solat istikharah kita. Ada urusan sukar, solat. Ambil wudhu solat. Biar Allah bagi petunjuk. Biar Allah ringankan dukacita tadi. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya memang peminat nasi goreng ikan masin. Kalau pergi makan, bila tak tahu nak order apa, maka nasi goreng ikan masin lah yang menjadi pilihan.
Cuma sekarang saya dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam kerana ia akan menyebabkan masalah batu karang lagi. Jadinya sesekali, ok lah kan. Kalau nasi goreng ikan masin ni, regunyang paling serasi ialah sayur kailan. Memang serasi sangat.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Nasi Goreng Ikan Masin
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
300-350 gram nasi putih
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos golden mountain
½ sudu besar sos sotong
¼ sudu kecil garam
¼ sudu kecil serbuk pati ayam
Bahan lain:
1 keping ikan jeruk
3-4 ulas bawang putih - cincang
4 biji cili padi
½ biji bawang besar - hiris
1-2 pelepah sayur kailan
1 biji telur
Daun bawang - hiasan
Minyak masak
Cara cara:
Masukkan sos tiram, sos mountain dan sos sotong ke atas nasi. masukkan juga garam dan serbuk pati ayam. Ketepikan.
Panaskan minyak dan goreng ikan jeruk. Setelah hampir garing, hancur- hancurkan dan keluarkan tulang.
Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili padi. Kacau rata sehingga bawang sedikit keperangan.
Masukkan telur dan batang kailan. Kacau rata.
Masukkan nasi dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan daun kailan. Kacau rata atas api yang besar sehingga nasi berasap dan melompat lompat. Tutup api.
Sebelum dihidangkan, tabur daun bawang.
Catat Ulasan for "Nasi Goreng Ikan Masin"
Add your comment