Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Daging Terpaling Sedap



Alhamdulillah kita bersua lagi. Alhamdulillah kita masih diberikan nafas lagi pada hari ini. Alhamdulillah kita akan meninggalkan tahun 2024 dalam masa beberapa jam sahaja lagi kerana hari ini, hari terakhir kita berada dalam tahun 2024. Insya Allah pukul 12 tengah malam nanti, kita akan berada dalam tahun 2025. Cepat sahaja masa berlalu, rasa seperti baru lagi kita berada dalam tahun 2024. 

Saya kongsikan petikan ringkas dari video Tokku Pasir Gudang. Bila Allah tentukan sesuatu, jangan persoal apa apa kerana ianya sesuai untuk kita. Jangan pula kata kalau saya berjodoh dengan dia, pasti saya dah jadi queen.

Itu semua Allah tentukan. Tak perlu nak bagi cadangan itu ini. Yang ada hanya lah sabar atau syukur. Jangan rasa apa yang dicadangkan lebih baik dari apa yang Allah ciptakan. 

Apa yang Allah cipta lebih baik kerana Allah lebih mengetahui. Bila Allah menentukan sesuatu, maka kerja kita ialah menerimanya. Menjadi orang yang sabar, menjadi orang yang redha dengan asbab dan ikhtiarnya. Menjadi orang yang tawakkal pada Allah dan menyerahkan segala urusan kepada nya. 

Kemuncak iman bila berlaku sesuatu perkara ialah sabar dan kedua, redha. Ketiga, bersifat benar dan menyerah pada Allah. Keempat, terima jer. Itu proses kemuncak iman, datang satu takdir Allah, sabar. Kemudian redha dan tawakkal pada Allah. Kemudian terima lah apa jua keputusan. Tak perlu memberi pendapt dan cadangan itu dan ini. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 



Sebelum ini, saya menggoreng mee hoon Singapore atau Birthday Mee hoon di SINI. Kali ini pula, mee hoon d ngqn daging. Saya kalau menggoreng mee atau mee hoon, yang paling sedap ialah jika dimasukkan daging. 

Mungkin air daging menjadikan mee atau mee hoon kita rasa lagi sedap dan manis. Tak perlu letak bahan lain macam ikan bilis atau udang kering pun. Sebab saya tak suka rasa yang bercampur baur.

Saya menggoreng mee hoon hari ini menggunakan apa apa bahan yang ada di dapur jer. Telur pun ada sebiji jer. Seperti biasa, saya kurang suka mee hoon yang merasa  bersos kuat sangat. Jadi saya hanya meletakkan sedikit sos tiram dan sedikit sos cili. 

Alhamdulillah rasa mee hoon saya hari ini sedap. Sedap di tekak saya. Seperti saya tulis sebelum ini, tiada mee hoon yang dijual yang sedap. Kalau ada pun yang sedap, mee hoon yang dijual di kedai tepi jalan yang mungkin dimasak sendiri. Kalau di restoran, pasti tak sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Mee Hoon Goreng Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ pek mee hoon - 200 gram
1 biji telur
1 sudu besar cili kisar
Daging - hiris nipis
Sawi
½ batang karot
250 ml air

Bahan tumbuk:
1 biji bawang besar - saiz sederhana 
4 ulas bawang putih

Bahan perasa:
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk pati ayam 

Cara cara:
Rendam mee hoon dalam air sejuk selama 15 minit. Tos. 

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Minyak mesti lebih baru lah mee hoon akan lebih moist.

Masukkan cili kisar. Tumis sehingga terbit minyak. Masukkan daging. Kacau rata. Masukkan sedikit air untuk empukkan daging. Tutup kuali dan biarkan daging empuk dan terbit minyak. 

Masukkan semua bahan perasa. Kacau rata. 

Masukkan karot dan biarkan sehingga separuh lembut. Masukkan batang sawi. 



Masukkan telur dan kacau rata.

Masukkan air ¾ dulu. Setelah mendidih, masukkan mee hoon. Kalau perlu, tambah air sedikit demi sedikit. Jika terlebih air, mee hoon akan lembut dan patah. 

Masukkan daun sawi dan kacau rata sehingga mee hoon menjadi ringan dan kelihatan berminyak. Tutup api. Tabur daun bawang dan bawang goreng, jika suka.



Nota:
Jika menggunakan daging, boleh juga daging direbus dulu secara berasingan. Simpan air rebusan untuk digunakan semasa menumis.

Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Daging Terpaling Sedap"