Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Birthday Mee Hoon aka Mee Hoon Singapura



Alhamdulillah bersua lagi. Syukur diberi kekuatan untuk menulis lagi pagi ini. Jangan lupa klik iklan yang keluar di blog saya. Terima kasih atas kerjasama anda semua. 

Saya sejak kebelakangan ini, rasa sangat berselera, rasa macam macam nak makan. Tapi kena tahan maklumlah semakin berusia, memang makin mudah dijangkiti pelbagai penyakit. 

Sejak balik dari konsert The Journey of Sound Siti Nurhaliza dan Judika baru baru ini ramai yang meninggalkan komen di facebook saya yang pada saya menunjukkan betapa riak mereka dengan amalan mereka yang kononnya tak pernah terjebak dengan retis dan majlis laghaa. 

Tiket untuk ke konsert tersebut dibayar oleh anak saya kerana tahu saya ingin melihat konsert Siti dan Judika. Kalau saya pun mungkin tak mampu kerana harga tiket lebih dari seribu seorang untuk seat VIP. 

Saya tidak mahu komen apa apa bab konsert tapi saya hanya ingin menyebutkan bahawa tak akan masuk syurga orang yang dalam dirinya ada sebesar zarah pun rasa sombong dan riak. 

Kita manusia masuk syurga dengan Rahmat Allah, bukan dengan banyaknya amalan. Boleh baca kisah seorang ahli ibadah yang beribadah sepanjang masa dan ingin masuk syurga dengan amalannya. Ambil pengajaran dari situ, supaya jangan menyombong diri dan memandang rendah pada orang lain. 

Sepanjang di konsert, walaupun berhibur tapi saya meletakkan semuanya pada Allah. Bila melihat kebolehan mereka sehingga mencari rezeki dengan bidang itu, adalah kurniaan Allah. Dengan kelebihan yang ada, mereka berbuat amal dan kebajikan dengan membantu mereka yang memerlukan di Palestine juga di dalam negara. Yayasan Nurjiwa kepunyaan Dato Seri Siti Nurhaliza juga banyak menyumbang membina masjid di dalam dan luar negara. Bagaimana dengan kita? Kita ada ke?

Saya juga melihat dengan rasa kesian bila melihat ramai terutamanya penari dari kalangan mereka yang lembut. Mungkin ianya bukan kehendak mereka sendiri dilahirkan begitu. Kita yang dilahirkan sempurna, harus bersyukur. Bersyukur bila kita tidak diuji. 

Jadi jangan lah rasa diri kita lah yang terpaling baik dan orang lain terpaling hina. Sebelum masuk stadium, masjid bersebelahan stadium penuh sesak dengan orang ramai yang ingin menunaikan solat Maghrib sehingga terpaksa solat bersusun susun dan menunggu giliran. 

Masya Allah rasa seperti seolah bersesak ketika mahu menunaikan solat di Tanah Suci. Ok setakat ini dahulu, semoga kita sentiasa berprasangka baik dengan semua orang. Semoga bermanafaat. 



Saya kebelakangan ni memang suka masak mee hoon goreng. Maklum lah kalau beli di restoran, memang boleh disahkan, tak sedap. Kecuali makan di kopitiam yang memang ikut SOP resipi yang tetap. 

Sebenarnya menggoreng mee hoon ni sangat mudah. Tapi ada masa nya tak menjadi juga kalau tak kena caranya. Bila menggoreng mee hoon, minyak kena lebih baru lah mee hoon menjadi lebih moist. Tak kering. 

Air juga memainkan peranan supaya mee hoon tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut sehingga hancur. Kalau tak dimasukkan air langsung, mee hoon akan jadi mcm berkerak dan melekat. 

Singapore mee hoon atau dikenali juga sebagai birthday mee hoon ini sangat sesuai untuk anak anak kerana ianya tidak pedas. Nak lagi menarik, tambah lah macam fish cake atau fish ball, udang atau daging. Semua lauk lauk ini akan menambah perisa pada mee hoon kita. 

Mee hoon saya hari ini Alhamdulillah sangat sedap. Siapa yang jadikan mee hoon saya sedap? Allah yang menjadikan ianya sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannnya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….



Birthday Mee Hoon aka Mee Hoon Singapura
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ pek mee hoon - 200 gram
Serbuk lada sulah
1-2 biji telur
Udang/sotong/daging
Sawi
½ batang karot
250 ml air
Minyak masak

Bahan tumbuk:
1 biji bawang besar - saiz sederhana 
4 ulas bawang putih

Bahan perasa:
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk pati ayam 
1 sudu besar minyak bijan 

Cara cara:
Rendan mee hoon dalam air sejuk selama 15 minit. Tos. 

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Minyak mesti lebih baru lah mee hoon akan lebih moist. Masukkan sedikit serbuk lada sulah. Tumis sehingga bawang keperangan. 

Masukkan semua bahan perasa. Kacau rata. 

Masukkan karot dan biarkan sehingga separuh lembut. Masukkan batang sawi. 



Masukkan sotong dan kacau seketika sahaja. Masukkan telur dan kacau rata. 


Masukkan air separuh dulu. Setelah mendidih, masukkan mee hoon. Kalau perlu, tambah air sedikit demi sedikit. Jika terlebih air, mee hoon akan lembut dan patah. 





Masukkan daun sawi dan kacau rata sehingga mee hoon menjadi ringan dan kelihatan berminyak. Tutup api.



Nota:
Jika menggunakan daging, panaskan minyak dan goreng daging yang dihiris nipis sebelum dimasukkan bahan tumbuk.


Catat Ulasan for "Birthday Mee Hoon aka Mee Hoon Singapura"