Sotong Rebus Hitam Kelantan
Saya ingin kongsikan petikan video Tokku Pasir Gudang berkenaan alasan yang menghalang dari berbuat kebaikan. Kadang kadang bila kita terlewat bangun qiamullail atau tak lakukan qiamullail, kita jadikan alasan mengantuk untuk justifikasi salah kita.
Para ulamak dan orang soleh tak jadikan alasan. Mereka jadikan dosa.Cuma ada satu iaitu dosa yang menghalang.
Kenapa tak datang masjid? Alasan jalan jam. Orang dekat dengan Allah tak ada alasan. Yang ada hanya dosa saya yang menghalang.
Yang menghalang saya buat semua ini ialah dosa saya. Kalau kita, kita akan kata alasan. Alasan demi alasan. Lalu kita karam dalam alasan ciptaan kita sendiri. Lalu Allah hukum kita sehingga tak boleh keluar dari alasan.
Kadang kita tengok orang tak ada kaki pergi ke masjid. Lalu kita tanya apa alasan kita. Orang tua, boleh pergi masjid. Apa alasan kita. Kadang kita cuba cari alasan. Depan kita Allah jawab.
Kadang orang tawaf pakai tangan. Kita mengeluh tawaf atas jauh, terus nak pakai kain ihram untuk tawaf di bawah. Kalau tak ada niat, kena tawaf atas. Akhirnya kita naik atas. Tengok orang buta tawaf atas. Pegang tongkat untuk tengok dah sampai pusingan.
Kita makin lemah iman kita makin banyak alasan. Orang beriman yang betul bila ternampak terhalang buat satu kebaikan, bila hilang kemanisan, dia tahu ini adalah kerana dosa. Dosa banyak dan kita kena taubat.
Ini yang kita tak nampak. Kita nampak kita terhalang buat baik kerana alasan. Seolah dia benar sengan alasan dia. Kalau timbang alasan pada neraca kebenaran iman, ia tak ada nilai apa apa. Di hadapan Allah, alasan tak laku. Allah tak terima alasan. Allah cuma terima pengakuan bersalah. Ya Allah aku berdosa aku bersalah. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya sebenarnya dah lama tak makan lauk sotong rebus hitam ini. Zaman dulu, warnanya memang hitam legam. Kali ini saya hanya membiarkan 3 ekor sahaja sotong dengan dakwat yang tidak dibuang.
Hahaha dah umur macam sekarang ni, takut tak lalu nak makan jika kuah hitam melegam. Jadi tak terasa ori seperti sotong rebus zaman dulu walaupun masih sedap dengan aroma serai yang sangat wangi.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Sotong Rebus Hitam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
10 ekor sotong. - bertelur lagi sedap
2 biji bawang merah - hiris
1-2 ulas bawang putih
5-6 biji cili padi merah
4 batang serai ketuk - lagi banyak lagi sedap
Cara cara:
Siang sotong sehingga bersih dan tos. Tinggalkan 1 atau 2 ekor sotong dengan dakwat.
Rebus air dengan bawang dan serai sehingga mendidih.
Setelah mendidih, baru masukkan sotong dan cili. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Tutup api.
Catat Ulasan for "Sotong Rebus Hitam Kelantan"
Add your comment