Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sotong Masak Kicap



Saya ingin kongsikan resipi istimewa dan menjadi kegemaran keluarga saya. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di atas blog saya ya. Juga jangan lupa untuk klik follow blog.  

Video Tokku Pasir Gudang Siri 67 berkenaan Tokoh Sufi ke 74 iaitu Ismail Najid. Kata mutiara beliau ialah serendah tawakkal adalah wasangka baik dengan Allah. Setinggi tawakkal ialah redha dengan apa yang Allah kurniakan. 

Kita tawakal dengan bersandar pada natijah yang kita nak. Contoh kita pergi interview kerana kita nak dapat kerja. Bila ditanya macam mana dengan keputusan interview, kita akan jawab Insya Allah, tawakkal jer dengan Allah. Tapi dalam hati kita tawakkal dengan harapan kita akan berjaya dalam temuduga. Tapi bila keluar keputusan, tak berjaya. Kita akan sedikit sedih. 

Berbeza dengan redha di mana dia akan redha dengan apa sahaja keputusan temuduga samada berjaya atau tidak berjaya. Yakin bahawa ilmu Allah bila diputus pada kita, adalah yang terbaik untuk kita. 

Kalau tak berjaya, kerana Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik. Jadi saya tawakkal pada Allah. Pada wasangka saya Allah nak bagi lebih baik. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 



Saya suka makan sotong jika ianya ada menpunyai telur. Aduhaai memang sedap. Kalau ada anak yang tak suka telur sotong, maka saya lah yang mengutipnya. Lagi pulak sotong bertelur lebih cantik dimasak. Akan kelihatan bulat bulat dan buncit buncit gitu. 

Sesekali saya memasak sotong masak kicap. Biasanya bila saya tak plan dari awal apa menu nak dimasak. Kalau biasanya, saya lebih suka memasak sambal tumis untuk sotong. Sambalnya pun jadi sedap digaul gaul dengan nasi putih panas panas. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….


Sotong Masak Kicap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A: hiris kasar

Cili padi merah hijau - boleh ganti cili kering juga

1 biji bawang besar 

5 ulas bawang putih

2 inci halia 

½ kiub pati ayam


Bahan B:

300 gram sotong

Sedikit pes asam jawa + sedikit air

1-2 sudu besar sos tiram

Kicap manis secukupnya

1 biji limau kasturi - air


Cara cara:

Masukkan serbuk kunyit dan garam ke dalam minyak panas dan masukkan sotong. Goreng sehingga masak. Angkat.



Keluarkan minyak berlebihan, tumis bahan A di atas.





Kacau rata. Masukkan sos tiram, air asam jawa, serbuk perasa dan kicap manis. Perah limau kasturi. Kacau rata. 

Bila kuah dah pekat, masukkan sotong dan kacau rata. Tutup api. Sedia untuk dinikmati.








Catat Ulasan for "Sotong Masak Kicap"