Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Singgang Ikan Tongkol Kelantan



Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang yang boleh kita manafaatkan. Tampung kekurangan ibadah dengan memperbanyakkan istighfar.  Banyak hadis mengenai Nabi bila solat, apa yang Nabi buat? Nabi banyak istighfar. 

Kenapa orang baik bila melakukan satu amal, akan beristighfar. Mereka istighfar kerana takut ada kekurangan dalam amalannya. Lakukan apa pun kita diperintah untuk beristghfar. Lepas solat, terus istighfar. Macam mana hebat pun amalan kita, pasti ada kekurangannya. 

Banyakkan tasbih dan istighfar. Allah Maha pengampun. Bila Allah nak terima amalan kita, kita jadi suka istighfar. Orang balik Haji kemudian bergerak ke tempat manusia semua bergerak. Tinggalkan Arafah, tinggalkan Mina. Kemudian memohon ampun pada Allah. Tanda tanda Haji di terima, seseorang akan perbanyakkan istighfar. Itu tanda Haji diterima. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 



Saya ber chatting dengan group kawan kawan sekolah. Maka timbul lah bab resipi ikan singgang. Saya sebenarnya tak berapa suka masakan ikan singgang. Jadi memang saya jarang sekali memasaknya. Apa lagi anak anak lagi lah tak suka. 

Kalau orang lain yang masak, saya makan jer. Mungkin sebab dari kecil dok dihidangkan dengan ikan singgang. Hahaha. 

Walaupun nampak macam mudah sekadar direbus tapi untuk menghasilkan singgang yang sedap, ada cara dan tips nya. Jadi apa apa pun, kita tetap kena belajar kalau nak pandai dalam apa apa sekali pun yang kita lakukan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….



Singgang Ikan Ayo
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan tongkol
3-4 keping asam keping
Garam
Sedikit belacan - opsyenal
Serbuk perasa aji

Bahan hiris:
2-3 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 ibu jari lengkuas

Bahan lain:
Cili padi/cili besar
Kacang bendi

Cara cara:
Masukkan ikan dan tuang sedikit air agak agak tenggelam ikan sahaja. 



Masukkan semua bahan lain. Rebus agak agak isi ikan bertukar warna putih, baru masukkan air lagi secukupnya. Masak sehingga mendidih atas api sederhana. 



Masukkan bahan perasa aji. 

Akhir sekali, masukkan cili dan kacang bendi. Biarkan merenih seketika dan tutup api. 



Nota:
Biarkan beberapa jam sebelum dihidangkan. Lagi sedap dan berperisa.



Catat Ulasan for "Singgang Ikan Tongkol Kelantan"