Sambal Ikan Kembung Lemak Terpaling Sedap
Kita sering kali mendengar ungkapan tak akan masuk syurga bagi mereka yang ada sikap sombong. Kadang kadang dalam hidup ini secara tak sengaja tercakap sombong. Andai kita sedar, pastilah kita cepat cepat beristighfar.
Tapi di kebanyakan masa kita bercakap tanpa kita sedari, adanya sikap sombong di hati. Setelah diuji, kita kena cepat cepat bermuhasabah bahawa kita diuji bukan kerana alasan tapi sebaliknya kerana dosa yang telah kita lakukan. Bila kita bermuhasabah, satu persatu salah dan dosa kita didatangkan dalam fikiran kita.
Kadang kadang ujian ditimpa untuk menyedarkan kita dan mengembalikan kita ke jalan yang benar. Manusia akan lebih mendekati Allah bila diuji dengan kesusahan berbanding dengan ujian kesenangan.
Manusia tidak akan lepas dari melakukan dosa. Apa yang kita perlu lakukan ialah perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan. Mudah mudahan dosa kita diampunkan sebelum kita meninggal. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Serious sedap sambal ikan kembung. Lagi lagi menggunakan ikan kembung lemak yang saiz sederhana. Kalau yang besar dipanggil ikan mabong dan yang leper kecil dipanggil ikan pelaling. Ikan mabong isinya lebih keras.
Anak anak memang tak suka makan ikan, jadi bila Juita WA menanyakan kalau ada nak beli apa apa barang di kedai runcit, saya terus minta dibelikan 3 ekor ikan kembung.
Aduhai sedap giler sambal ikan kembung. Tak muak dan tak menjemukan. Seperti saya makan nasi kering tanpa berkuah. Hanya menggaul gaul sambal ikan sahaja pada nasi.
Bayangkan kalau ada timun yang jenis kecil dan rangup tu, lagi sedap dan menambah nambah nasi. Doktor dah minta saya kurangkan berat badan, jadi sabar jer untuk kontrol jumlah nasi yang diambil.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Sambal Ikan Kembung Lemak
Oleh: Azie Kitchen
Bahan Ikan Goreng:
3-5 ekor ikan kembung lemak - ikut saiz
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 mangkuk minyak masak
Bahan sambal:
5-6 sudu besar cili kering kisar
1 ½ biji bawang besar - kisar
1 ibujari halia - kisar
1 keping asam keping
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
1 cawan air
1 mangkuk minyak
Cara cara:
Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan hingga kedua-dua belah masak sekata.
Nota: Tips menggoreng supaya ikan tidak terlalu garing dan keras ialah dengan menggunakan api kecil dan sederhana saja. Apabila ikan masak, angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama menggoreng ikan, di keluarkan separuh untuk menumis bahan sambal.
Tumis bahan kisar sehingga kekuningan, masukkan cili kering kisar. Kacau rata.
Kemudian, masukkan sedikit air dan kacau rata. Tumis sehingga cili masak sempurna dan terbit minyak. Setelah itu masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya.
Apabila sambal masak sempurna, masukkan ikan yang digoreng tadi.
Gaul rata dan tutupkan api. Sedia untuk dihidangkan.
Catat Ulasan for "Sambal Ikan Kembung Lemak Terpaling Sedap"
Add your comment