Nasi Goreng Telur
Saya perhatikan banyak posting di medsos yang lebih pada “me riak” dan sombong serta banyak kecaman dan hinaan pada orang yang tak disukai. Bila saya share di medsos saya, rasanya ramai yang tidak faham “maksud” sebenar saya.
Sebenarnya bukan maksud saya orang kaya perlu pakai baju murah atau bergambar dengan kereta murah untuk di pos dalam medsos. Kalau dah mampu, pakai sahaja. Islam tidak melarang umatnya mencari kekayaan. Islam tak menyuruh umatnya pakai kereta buruk ke masjid.
Orang kaya memang pakaiannya mahal, rumahnya besar dan mewah. Tak salah pun mereka share gambar mereka di medsos mereka. Medsos pula bukan untuk orang miskin sahaja. Jadi kalau siapa nak tengok macam mana orang kehidupan orang kaya, boleh lah tengok. Ambil inspirasi dan tanam cita cita untuk capai seperti apa yang mereka capai.
Orang kaya biasanya tidak akan menunjuk apa yang dipakai dengan memberitahu harga dsb. Bagi yang tahu, akan tahu bahawa apa yang dipakai adalah barangan mahal. Jadi saya tak setuju kalau dikatakan orang kaya menayang kemewahan dalam medsos.
Yang tak eloknya dok menayang duit raya berpuluh ribu atau beli barang, ditunjukkan sekali harga. Ini yang menunjuk. Nak beli, beli jer.
Macam saya sendiri, dari kecil memang suka bergambar dan mengambil gambar untuk setiap peristiwa. Ketika itu tak ada pun medsos. Tapi gambar tu dicetak dan disimpan di dalam album sehingga berbelas belas album di rumah saya.
Kini bila dah ada medsos, gambar softcopy disimpan di dalam facebook atau Instagram. Saya pun suka membeli barangan berjenama dan semasa membeli juga akan dirakam sebagai kenangan di dalam medsos saya. Ianya tidak bermakna saya nak menunjuk bila ianya dipos dalam medsos. Memang dah minatnya dari dulu. Hanya Allah sahaja yang tahu kebenaran apa yang ada di hati.
Kedua bab kecam, hina dan mengutuk di medsos. Saya tengok memang orang tak takut dosa mengutuk orang yang tak kenal pun dia. Seolah orang yang dikutuk melakukan salah dan dosa pada dia.
Contoh ramai mengutuk Fazura seolah dia ada melakukan kesalahan. Apa yang berlaku pada Fazura dan Fattah Amin hanya mereka sahaja yang tahu dan alami. Saya tidak menyokong sesiapa.
Saya pun kesian dengan Fattah dan dalam masa sama saya faham apa yang dialami oleh seorang isteri yang tidak mampu lagi menahan rasa dan sabar sehingga memohon perceraian.
Kita orang luar hormati keputusan mereka. Jangan kita mengumpul dosa dan menjadi muflis di akhirat kelak. Mati itu pasti, hari pengadilan dan pembalasan juga pasti berlaku. Jangan memandang remeh dan akan menyesal setelah kita mati. Hatta saat nyawa dicabut, kita akan menyesal. Cukup setakat ini peringatan buat diri saya dan semua.
Saya memang suka nasi goreng. Kalau tak ada idea lauk apa nak dimasak, jalan penyelesaiannya ialah masak nasi goreng. Ada telur mata atau ikan bilis goreng atau ayam goreng, dah cukup sedap. Hatta kalau tak ada lauk pun, sekadar sepinggan nasi goreng juga dah sedap.
Bukan sahaja sarapan, nasi goreng sesuai sepanjang hari. Tengahari petang atau malam pun. Jadi saya akan pelbagaikan cara memasak nasi goreng supaya tidak lah jemu dan membosankan.
Kali ini saya masak nasi goreng telur. Serious sedap tau walaupun tak ada lauk pauk lain di dalamnya.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Nasi Goreng Telur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih - semalaman, lagi sedap
5-6 ulas bawang putih
3-4 biji telur
½ sudu kecil garam
Serbuk lada hitam secukupnya
1 sudu besar majerin
Ikan bilis - goreng garing
Daun bawang
Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak sama, tumis bawang putih yang dicincang sehingga keperangan. Masukkan telur dan kacau rata.
Masukkan serbuk lada hitam secukupnya.
Masukkan nasi dan kacau sebati. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan daun bawang.
Akhir sekali, masukkan mentega/majerin dan kacau rata. Tutup api. Sebelum dihidangkan, tabur ikan bilis goreng.
Nota:
Boleh juga guna minyak bijan, jika tidak suka majerin.
Catat Ulasan for "Nasi Goreng Telur"
Add your comment