Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Kepala Ikan Hidangan Buat Faiq



Minggu lepas anak anak semua tiada di rumah kecuali Juita. Jadi saya menanyakan Juita kalau nak jemput Faiq, tunang Juita untuk datang makan tengahari di rumah, saya akan memasak. Biasa kalau hari anak anak tiada di rumah, saya malas nak memasak. 

Setelah Faiq memberitahu boleh datang, saya terus ke dapur untuk menyediakan kari kepala ikan dan sambal tumis udang selain dari telur dadar. Alhamdulillah kerana Faiq suka sambal tumis udang. 

Saya pula makan nasi putih dengan kuah kari. Selepas makan, siap mencicah roti gardenia dengan kuah kari. Saya memang suka kari ala mamak yang dibuat masam masam sedikit. Keesokannya saya pergi beli roti canai Pak Teh yang lembut giler. Cicah dengan kuah kari ni. Sumpah sedap uoll. Tak berani nak sumpah sumpah kalau tak sedap. Hahaha. 


Saya memasak kari seperti biasa jer cuma saya membuat kelainan dari segi cara menumis di mana semua rempah dan serbuk cili dimasuk teebih dahulu sebelum bawang. Kemudian santan dimasukkan dan dimasak sehingga terbit minyak sebelum dimasukkan air untuk kuah. 

Bila masak seperti ini, kuah akan mudah terbit minyak dan lebih cantik. Rempah juga masak sempurna dan lebih beraroma. Cuma minyak jangan terlalu panas kerana rempah kari akan mudah hangus. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Kari Kepala Ikan Jenahak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan tumbuk kasar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan A:
1 sudu kecil halba campur
2 pelepah daun kari
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk cili 

Bahan B:
1 kotak santan kotak
1 biji saiz bola ping ping asam jawa - bancuh dengan air
½ sudu kecil garam

Cara cara:
Panaskan minyak (jangan terlalu panas untuk mengelak remph mudah hangit) dan tumis bahan tumbuk dan bahan A sehingga naik bau. 



Masukkan santan pekat dan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga terbit minyak. 


Masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Masukkan garam dan serbuk perasa. 

Biarkan masak sehingga mendidih dan terbit minyak, masukkan ikan dan tutup periuk sehingga ikan masak.


Akhir sekali, masukkan kacang bendi. Biarkan kacang benda separuh masak, boleh tutup api. 




Nota:
Jika ada buah tomato dan cili hijau, boleh juga dimasukkan bersama bendi. 


Catat Ulasan for "Kari Kepala Ikan Hidangan Buat Faiq"