Kari Ayam Menggunakan Teknik Yang Mesti Cantik Kejadiannya
Insya Allah beberapa bulan lagi saya akan berpindah dan tinggal di United Kingdom bersama anak menantu dan cucu cucu saya. Anak saya, Nana akan bekerja di Moorfield Hospital untuk program Sub Specialist beliau.
Kalau sebelum ini ketika Juita belajar di Manchester, saya masih bekerja jadi agak sukar untuk bercuti dalam tempoh yang lama. Manakala ketika Aween belajar di Wales, saya tidak dapat pergi juga.
Jadi kali ini saya akan pergi dan Insya Allah saya akan mengambil tempahan dan berniaga di sana. Saya juga akan membawa bersama produk sedia guna Azie Kitchen untuk dijual di sana.
Jadi kepada warga Malaysia di United Kingdom, jangan lupa untuk share entri ini dan nantikan apakah makanan yang saya akan membuat jualan di sana.
Sebenarnya menyediakan kari ayam yang cantik kejadiannya agak susah. Kadang menjadi kadang tak menjadi. Lagi lagi kalau mereka yang jarang ke dapur, masuk ke dapur sesekali sahaja.
Tapi dengan teknik ini, Insya Allah kari ayam kita akan menjadi lebih cantik dengan kuah yang terbit minyak elok. .
Jom layan resipi dan cara penyediaannnya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Kari Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
½ ekor ayam
1 kotak santan kotak
Pes asam jawa
Garam
Bahan tumbuk:
4 bawang merah
3 bawang putih
1 inci halia
Bahan A:
2 pelepah daun kari
3 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk cili
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan bahan A sehingga naik bau atas api sederhana.
Masukkan santan pekat dan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga terbit minyak.
Masukkan ayam dan kacau rata sehingga air ayam kering.
Masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Masukkan garam dan serbuk perasa.
Biarkan sehingga mendidih dan terbit minyak, boleh tutup periuk sehingga ayam empuk.
Boleh tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Catat Ulasan for "Kari Ayam Menggunakan Teknik Yang Mesti Cantik Kejadiannya"
Add your comment