Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Goreng Belengas




Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang kali ini sangat menyentuh hati saya. Sangat sangat memberi peringatan kepada kita semua. Jom kita hayati. 

Beramallah untuk diri mu. Jangan berharap orang lain beramal untuk mu. Kerana tidak ada orang boleh menumpang cahaya orang lain. Sebagaimana di dunia ini, orang buta tak boleh menumpang cahaya orang yang orang celik yang boleh melihat. 

Jangan harapkan sesiapa beramal dan berdoa untuk kita. Walaupun kita pesan dengan kawan, kalau saya mati awak jangan lupa doa untuk saya. Sehari mereka mungkin ingatlah, bila kita mati. Satu hari dia akan lupa. 

Kita boleh pesan pada anak anak supaya kalau kita mati, jangan lupa untuk berdoa. Kita boleh cakap tapi sejauh mana anak akan ingat. Apakah kita yakin dia akan ingat untuk berdoa pada kita. Atuk nenek lagi lah mereka tak ingat untuk berdoa. Rugilah nenek yang bermain dengan cucu semasa hidup. 

Isteri dan anak anak kita pun belum tentu ingat nak berdoa kita. Buktinya kita sendiri. Apakah kita sendiri ingat untuk berdoa pada ibu bapa kita. Sejauh mana kita yang Mak ayah telah mati, kita doakan untuk mereka. 

Panjang mana kita berdoa. Kalau pun kita ke kubur. Selama mana, 1 atau 2 minggu selepas mereka mati?. Dok kat kubur pun selama mana? Dok lah 5 minit. Rasa panas jer, terus balik awal. Bila hujan jer, terus cabut lari. Handphone berbunyi. Ada meeting. Terus lari. Meeting lagi penting dari berdoa pada mak ayah. Begini lah keadaan orang yang sibuk di dunia. 

Jadi jangan harap sesiapa beramal dan berdoa untuk kita. Jika dia ada berdoa, Alhamdulillah tapi jangan berharap. Boleh pesan,  boleh cakap tapi sejauh mana mereka ingat.  

Sebagaimana kita sekarang, sejauh mana kita ingat Mak ayah kita. Atuk Nenek lagi lah kita tak ingat. Maka rugilah nenek yang main dengan cucu. Jangan ingat cucu ingat untuk berdoa pada kita. Kita sendiri sejauh mana kita ingat untuk berdoa pada atuk nenek kita. 

Mak Ayah belum tentu ingat. Apalagi Atuk Nenek,  kalau moyang lagi lah tak ingat. Fikirkan bagaimana kita boleh bagi waktu kita pada orang lain sehingga mengurangkan amal kita. Wahai suami beramal lah. Jangan isteri dan anak anak, menghalang kamu untuk beramal. 

Wahai sahabat, beramal lah. Jangan kerana sahabat, mengurangkan amal mu. Wahai orang yang mencintai dunia, beramal lah. Jangan sampai dunia menghalang kamu untuk beramal. Ini peringatan sangat berguna untuk diri kita. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 



Sekarang memang orang suka sesuatu viral. Sebenarnya resipi ini dah lama ada pun. Kalau di Kelantan, yang terkenal adalah daging orang kunyit yang walaupun mudah tapi tak semua orang berjaya menyediakannya dengan sedap seperti mana di Kelantan. 

Saya sendiri kerana belajar berkali kali tips  dan teknik penyediaannya. Daging goreng kunyit ni ada yang improvise dengan meletak sos tiram, sos cili dan kicap. Maka jadi lah daging goreng belengas. Bahan bahan kosmetik, ada yang letak lada solok dan bawang Holland sahaja seperti zaman dahulu. Tapi sekarang ditambah dengan karot dan daun bawang. Semua ni adalah pembaharuan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Daging Goreng Belengas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram daging
Garam
Serbuk kunyit
Gula

Bahan lain:
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Kicap manis
Kicap pekat - untuk mengilatkan daging
Serbuk perasa
1 biji bawang Holland - hiris
Cili hijau/cili padi merah

Cara cara:
Rebus daging bersama garam, serbuk kunyit dan sedikit gula sehingga daging empuk dan air hampir kering. 



Masukkan minyak dan kacau rata. Goreng seketika. Masukkan halia dan bawang putih. Kacau rata sehingga naik bau. 


Masukkan semua sos dan kicap. Masukkan sedikit air untuk sos sebati dengan daging. Kacau rata sehingga terbit minyak. 

Akhir sekali, masukkan bawang Holland, cili padi dan serbuk perasa. Kacau rata dan boleh tutup api. 




Catat Ulasan for "Daging Goreng Belengas"