Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar



Saya ingin kongsikan petikan dari kuliah zoom Tokku Pasir Gudang berkenaan umur yang panjang dalam keberkatan. Umur yang panjang adalah menjadi cita cita semua orang. Tak ada yang kita dengar ada orang nak mati cepat. 

Semua orang nak umur panjang. Kalau ada orang cerita cara untuk umur panjang, kita akan berusaha melakukannya. Sebahagian kita mungkin ikut rawatan dan makan supplement dan hindar perkara yang memendek umur seperti dadah, arak dan makanan bahaya. 

Bagaimana Islam melihat nilai umur. Ada 3 perkara tentang umur yang kita perlu tahu. Pertama, umur bergerak begitu cepat. Kalau kita sekarang umur 15 tahun Tanpa kita sedar kita dah umur 50 tahun. Sehingga Allah bangkit kita di padang mahsyar. Lalu mereka berkata kami hanya hidup di dunia sekejap jer. Tak ada yang kata hidup lama. Masa kita terus ke depan. Walaupun apa usaha kita untuk melambatkannya. 

Kedua, kita perlu tahu bahawa masa yang berlalu tak akan pulang balik. Umur muda tak akan pulang balik. Umur semalam tak akan diganti umur yang telah berlalu.  Kata Hassan Basri setiap kali terbit fajar, ada suara berkata aku hari yang baru maka ambil lah peluang dari ku kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali. 

Ketiga, benda paling bernilai kita miliki ialah umur kita. Bukan harta kita bukan keluarga kita. Kerana umur akan menentukan apakah kita bahagia atau sebaliknya. Hadis ada menyebut antara soalan ditanya 4 soalan. Umurnya apa yang dilakukan. Bagi orang beriman umur panjang adalah rezeki yang hebat. Bagi orang fasik ia azab yang bertambah. Nabi menyebut antara kebahagiaan manusia Allah panjangkan umur dan Allah berikan jalan bertaubat. Untung dia. Dia telah melalui segala maksiat dan kecuaian, kezaliman sehingga berumur 50 tahun dan tiba tiba insaf. Maka untung umur dia panjang.

Orang beriman bila bertambah umur dia, akan bertambah ilmu dan takwa pada Allah. Kata iman ibnu al jauzi bagi orang beriman bila bertambah umurnya akan bertambah ilmunya dan takwanya. Allah berfirman ketika perintah nabi dan katakan ya Allah tambahkan lah ilmu ku. Setiap hari ilmu bertambah dan belajar tak pernah berhenti. Kalau dunia Barat, belajar berhenti dengan bekerja dan belajar adalah matlamat cari duit. Tapi dalam Islam, tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad. 

Hadis diriwayat dari Iman Shafie, ibadah sunat yang paling mulia ialah bila kita menuntut ilmu. Panjang umur kita ialah untuk kita menuntut ilmu. Maka orang yang habis usia dengan menuntut ilmu walaupun dah tua kalau belajar pun, tak berapa ingat. Mata kelabu  dan telinga tak dengar. 

Tapi keberkatan berada dalam majlis ilmu sehingga malaikat mendoakan keampunan pada dia. Orang beriman dengan umur panjang, akan bertambah takwa dan taatnya. Dirinya tak mampu lagi buat maksiat. Masa muda, galak buat maksiat. Bila dah tua, sifat jahat dah tak sesuai. Dah tua macam mana nak jadi gengstar. Dah tua, Allah selamatkan kita dari banyak dosa. Maka ini peluang untuk kita menambah takwa.

Antara Rahmat Allah bila diberi umur tua, kita terhenti buat maksiat, kehilangan deria. Muzik dah kurang, maka datang keinsafan. Apa pentingnya umur panjang. Apakah kita boleh berdoa untuk umur panjang. Kemuliaan umur panjang. Hadis sahih diceritakan bila seorang sahabat Nabi, Talhah bin ubaidillah ada 2 lelaki dari satu kabilah yang memeluk Islam. Seorang pergi perang dan mati syahid. Seorang lagi tak mati syahid lepas setahun baru mati. Talhah bermimpi melihat bahawa yang pertama masuk syurga ialah yang mati kemudian. 

Dia heran dan jumpa Nabi. Kenapa. Kata Nabi, bukan kah kerana panjang umur dia puasa banyak, solat banyak,  solat sunat banyak sehingga pahala lagi banyak dan masuk syurga dulu.

Bukti umur panjang dan taat pada Allah akan masuk syurga dulu walaupun orang mati syahid. Mimpi orang beriman adalah benar. Dalam Islam mimpi orang berimam benar. Hadis ini Menunjukkkan panjang umur itu berharga. Seorang Badwi bertanya Rasulullah Siapa manusia paling baik. Untung orang panjang umur dan baik. Banyak buat kebaikan. Orang beriman umurnya panjang untuk menambah kebaikan. 

Bila diceritakan tentang panjang  umur ini, Nabi mendoakan Annas bin Malik ya Allah engkau perbanyakkan hartanya dan anaknya. Dalam hadis lain, ya Allah Engkau perbanyakkan hartanya, anaknya dan panjangkan umurnya dan engkau ampunkan dosanya. Kerana panjang umur dia kebumikan anak dan cucu seramai 103 orang. Kata Annas lagi umur aku panjang kadang aku malu. 

Kalau panjang umur tak ada nilai, nescaya nabi tak akan doakan annas bin Malik. Minta panjang umur satu benda yang baik jika dia buat ibadah dan beri manafaat pada umat Islam. Orang berbakti sunat didoa supaya panjang umur. Kalau umur panjang dan terdedah pada maksiat lebih baik didoa mati dalam keadaan baik.  

Antara tanda benda Allah murka ialah banyak buang masa. Saidina Ali mati seorang besar sehingga tua lebih baik dari mati seorang kanak kanak yang tak buat dosa. Kanak kanak masuk syurga tanpa hisab. Bukan kerana balasan kebaikan dia tapi dia jadi kadam kepada orang yang Allah bagi umur panjang dan baligh dalam syurga. Dia berkhidmat dalam syurga. Yang dapat balasan ialah orang yang baligh. 

Bagaimana peringkat umur kita supaya kita perhatikan apa patut kita buat. Orang ada akal yang memahami tentang peredaran masa. Bermula sebelum baligh, tak ada nilai umurnya dan tak dihisab. Kalau dia buat baik mak ayah dapat pahala. Dia tutup aurat walaupun tak wajib. Mak ayah didik dia dengan baik. Kalau benda jahat, mak ayah tak berdosa melainkan mak ayah ajar dia mencuri. 

Bila kita sampai umur baligh, zaman melawan hawa nafsu, nafsu galak jadi ini waktu untuk menuntut ilmu. Kemudian kalau kawin dan ada anak maka ini waktu cari rezeki dan belajar bermuamalat. Jauh dari hawa nafsu merosakkan. 

Sampai umur 40 sempurna mula masuk zaman persiapan sungguh sungguh dalam akhiratnya. Seolah umurnya mula mula naik dan turun balik. Akan turun sehingga masuk kubur. Bersedia untuk jadikan cita cita mencari bekal akhirat dan bersedia untuk berangkat.

Masuk 60 waktu ini akan mengerah seluruh bekal dan menyiap musafir dan setiap hari adalah hari keemasan. Tak ada alasan. Ini umur akan berlaku kematian. Umur yang cukup dan terlepas dari segala kesibukan. Umur pencen. Memang 60 bukan untuk beri alasan. Allah tak terima alasan pada mana mana orang yang Allah sampaikan umurnya sehingga 60 tahun. Tak ada lagi beban kerja. Kerajaan bagi pencen. Tiba tiba dalam ibadah banyak alasan. Kalau masih ada alasan, itu tanda kesombongan bukan lagi keuzurannya. 

Masuk 80 boleh ucap selamat tinggal. Tak ada lagi kecuaian. Ini umur manusia. Masa muda, bermujahadah lawan nafsu. Muamallah. Sibuk dengan rezeki. 40 bersedia. 60 setiap hari keemasan. 80 selamat tinggal. Umur yang bila bila masa akan meninggal dunia. Aduhai untung jika aku diberi umur seperti Nabi Nuh. Sekiranya seorang berniat umur panjang untuk buat kebaikan maka untung dia dapat umur panjang. kita dapat kebaikannya. Tidak salah minta umur panjang seperti Nabi Nuh.

Antara tanda kemuliaan seorang hamba bila umur panjang dan banyak kebaikan. Orang beriman umur tak panjang melainkan berniat buat baik.

Hadis iman Muslim Orang beriman umur tak akan panjang melainkan berniat untuk buat baik. Amal kebaikan kita akan menambah umur kita. Siapa yang mahu Allah panjangkan umurnya maka sambungkan lah silaturrahim. 

Orang beriman bila buat baik,umur akan bertambah. Bukan kah umur telah ditetapkan dan ajal telah ditetapkan?. Ada 2 jawapan. Umur memang ditetap disisi catatan malaikat tapi di sisi Allah bergantung kalau dia ada buat baik atau tidak. Anologi kita boss besar dalam syarikat. Syarikat ada SOP. Tapi syarikat boleh batalkan polisi. Pekerja rajin dan perlu datang lambat kerana jaga mak sakit. 

Kedua, maksud panjang umur ialah umur dinilai dengan kebaikan. Ada orang walaupun dia mati pahala tetap berjalan seperti dia hidup. Segala kebaikan yang dibuat diberkati seolah olah umur panjang. Dah mati tapi pahala berjalan kerana anak soleh, sedekah berjalan walaupun dia dah mati. Anak anak soleh mendoakan, maka pahala tetap berjalan. Para ulamak di mana manafaat kitab dibaca dan ilmu dikongsi, nasihat diamal. Ulamak ni pahala berjalan kerana manafaat ilmu dia. Umur yang pahala berjalan. 

Dalam Islam digalak memohon umur panjang. Antara kemuliaan panjang umur dan Allah berikan kita sentiasa bertaubat dan terus buat baik sebab keberkatan umur.  Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Saya suka makan cucur ikan bilis. Lagi lagi waktu hujan. Kalau saya orang Kelantan, cucur ikan bilis dimakan dengan cicah dengan gula jer. Gandingkan pula dengan kopi O. Wallaa sedap nyer. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....   


Cucur Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Tepung gandum
Sedikit baking powder
Garam
Serbuk kunyit
Sedikit gula
Daun bawang atau daun sup
Taugeh - jika suka
Air secukupnya

Satukan semua bahan dan kacau rata.  Tuang air sedikit demi sedikit sehingga elok kepekatannya. 

Biarkan seketika sebelum digoreng dalam minyak yang panas dan banyak. Setelah timbul, bolehlah dibalik balikkan.  

Goreng sehingga keperangan dan rangup. Angkat dan sedia untuk dinikmati. 

Catat Ulasan for "Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar"