Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Goreng Kunyit



Assalamualaikum semua. Apa khabar semua? Semoga pembaca semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Dunia ini penuh drama, penuh tipu daya. Jadi semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah untuk berada di jalan kebenaran. 

Setiap apa yang kita lakukan di dunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jangan sesekali menyalahguna apa yang ada pada kita atas apa jua alasan. Kerana di hadapan Allah, tiada alasan yang hendak diberikan. 

Semua orang mengimpikan hidup yang tenang di usia tua. Tak ada lagi perlu memikirkan apa apa selain berdamai dengan takdir Allah. Bergantung sepenuh kepada Allah untuk diberikan segala ketenangan dan kecukupan.  

Tak perlu lagi harta dan duit yang banyak. Bak petikan dari video Tokku Pasir Gudang, orang tua dapat harta, umpama dapat bangkai kerana tidak memberi manafaat. 

Kalau orang muda dapat harta, macam macam yang boleh dilakukan dan dimanafaatkan. Orang tua, nak makan pun dah tak ada selera, nak bergaya dengan pakaian mahal pun dah nak bawa diri pun tak larat. 

Apa yang perlu adalah fokus untuk saat dipanggil mengadap Illahi dengan memperbanyakkan apa sahaja amalan tanpa mengira sekecil mana sekali pun. Cukup setakat ini, semoga bermanafaat. 



Semasa saya di kampung, tak pernah makan ayam goreng garam kunyit seperti sekarang. Dulu dulu ayam akan dipotong kecil. Selepas dilumur garam kunyit, saya akan masukkan sedikit air dan dimasak sehingga air kering. 

Setelah air kering, baru dimasukkan minyak masak. Goreng ayam sehingga sedikit garing sebelum dimasukkan bawang besar dan lada solok yang dihiris. Ayam lebih lembab dan tidak kering garing. Itu cara bonda saya lah. Maklum lah masa tu bukan senang nak makan ayam. Ayam dibela sendiri untuk daging dan juga telur. 

Untuk hari ini, saya potong kecil ayam dan terus digoreng di dalam minyak panas seperti biasa. Maksudnya saya tidak masak dengan sedikit air. Insya Allah, saya akan buat cara itu juga kerana kadang kita rindu masakan yang pernah kita makan semasa kecil dulu. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Ayam Goreng Kunyit 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam  - potong kecil
Garam
Serbuk kunyit
Bawang Holland - hiris
Cili merah - lagi sedap kalau guna lada solok

Cara cara:
Panaskan minyak dan tuang atam yang telah dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam sambil dikacau sehingga sedikit garing. 

Masukkan bawang dan cili. Kacau rata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota:
Cara saya dulu dulu, ayam dimasukkan dalam kuali dengan sesikit air. Setelah air kering, masukkan minyak dan goreng. 


Catat Ulasan for "Ayam Goreng Kunyit "