Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sira Pisang Kelantan



Assalamualaikum. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Seperti biasa saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang. Kali ini berkenaan dengan kubur. 

Jangan kamu terpesona dengan baiknya kubur di permukaan kerana bencana di bawahnya tidak kamu ketahui. Kubur adalah satu tempat yang tenang tapi bencana di bawahnya tiada yang mengetahui. 

Tempat yang paling sunyi sekali ialah kubur. Tak ada hilai tawa dan tak ada orang bersiar siar. Tapi di bawahnya hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana huru haranya. 

Anak anak melawat kubur kelihatan tenang tapi kita tak tahu kalau ayah di bawah menjerit memanggil anak anak meminta pertolongan.  Tolong lah ayah, tolonglah ayah. Tapi mereka tidak mendengarnya.  

Jadi hidup ni jangan pernah berharapkan orang untuk berbuat sesuatu pada kita bila kita mati. Kita kena usahakan bersungguh sunguh demi kemuliaan dan kebahagiaan diri kita. 

Tidak ada orang peduli bila kita dah masuk kubur. Walaupun dia pernah melafazkan kata cinta beribu kali sehari pada kita.  Dia tak akan ingat lagi. Itu realiti. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Saya Kalau orang Kelantan mesti suka kuih sira pisang terutama yang sejuk sejuk. Sira pisang adalah antara lauk yang sinonim untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan. 

Kebiasaannya pisang kebatu Kelantan yang isinya berwarna kekuningan dan bulat bulat yang menjadi pilihan untuk dibuat sira. 

Membuat sira ini sangat mudah tapi kena tahu caranya juga. Kalau tidak, memang tak menjadi dengan sedap seperti sira pisang dulu dulu. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Sira Pisang Abu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 biji pisang
Gula secukupnya - 1 ½ senduk
Sedikit garam
1 helai daun pandan
4-5 biji bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning 

Cara cara:
Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan gula, garam daun pandan dan bunga cengkih serta sedikit pewarna. Masak sehingga mendidih. 


Masukkan pisang dan masak sehingga pisang lembut dan kuah sedikit pekat dan berkilat. Boleh tutup api. 


Masukkan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk. Nota: lebih sedap dimakan sejuk sejuk. 



Catat Ulasan for "Sira Pisang Kelantan"