Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Kacang Panjang



Saya hari ini ingin kongsikan sedikit petikan video Tokku Pasir Gudang bab qiamullail. Tokoh Sufi ke-62: Ma'ruf Al-Karkhi. Untung orang sekarang, banyak perkongsian ilmu yang boleh dipelajari. Masa saya muda dulu, saya kena beli buku agama untuk belajar bab agama. 

Ok berbalik pada kata mutiara Tokoh Sufi kali di mana antara kata mutiara beliau ialah melakukan qiamullail adalah cahaya orang beriman di hari kiamat yang akan bergerak di hadapan dan di belakangnya. Bayangkan tanpa cahaya, bagaimana kita hendak bergerak. 

Kekuatan dan kemuliaan yang banyak umat Islam tinggalkan iaitu Qiamullail. Qiamullail adalah cahaya orang beriman pada hari kiamat yang akan bergerak di hadapannya dan di belakangnya. Siapa melakukan qiamullail maka itulah cahayanya. 

Benda yang paling malang bila ada kekuatan dan kemuliaan yang ditinggalkan iaitu qiamullail. Sampai ke tua belum dapat nikmat qiamullail lagi. Usahkan nak qiam, Subuh pun payah nak bangun. 

Berusahalah melakukan qiamullail 2 rakaat. Qiyam ni waktu nya panjang bermula selepas Isyak sehingga sebelum Subuh.  Kalau Subuh 5.50 pagi bangun pukul 5.30, mandi dan ambil wudhu. Ada baki 15 minit lagi, qiyam dulu. Solat lah 2 rakaat atau 3 rakaat sebagai cara untuk mendapat cahaya Allah. 

Qiyam cahaya orang beriman memenuhi depan dan belakang. Manakala puasa pula menjauhi dari azab neraka jahanam. Ada hadis menyebut siapa berpuasa 1 hari sahaja, Allah akan menjauhkan dia dari neraka jahanam sejarak 70 tahun. 

Kalau pun tak boleh puasa Isnin Khamis, puasa lah sehari dalam sebulan pada hari hari putih kalau tak dapat puasa selama 3 hari. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Saya hari ini menyediakan nasi goreng yang terpaling simple. Tapi cukup sedap dan kena tekak sendiri. 

Nasi goreng macam ni memang tak akan jumpa di mana mana restoran, kedai makan atau gerai. Nasi goreng macam ni hanya digoreng sendiri oleh ibu ibu di rumah sahaja. Pastinya sedap tak terkata. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….


Nasi Goreng Kacang Panjang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 batang kacang panjang
Garam

Bahan kisar kasar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2-3 sudu besar ikan bilis
4-5 tangkai cili kering - rebus atau rendam air panas

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng telur. Angkat dan ketepikan. 

Menggunakan minyak sama, tumis bahan kisar sehingga garing. 

Masukkan garam secukupnya. Masukkan nasi dan kacau rata. 

Akhir sekali masukkan kacang panjang dan kacau seketika, tutup api kerana saya suka kacang panjang yang masih rangup. 


Hidangkan dengan telur mata. 


Catat Ulasan for "Nasi Goreng Kacang Panjang"