Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Ala Kak Wook Versi Simple



Assalamualaikum semua. Harap semua sihat walafiat hendaknya. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau. Terima kasih atas kerjasama anda semua.  

Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan kata kata mutiara tokoh sufi  ke 76 iaitu Khair. 

Antara kata mutiara beliau ialah, gantian pada perbuatan kamu mengikut apa yang kamu lakukan. Kita solat, puasa, maka keuntungan berdasarkan amalan kita. Tak banyak berbanding kita minta kurniaan Allah dan rahmat di mana kita akan dapat lebih banyak dari apa yang kita himpun. 

Sebagai contoh, ganjaran pahala puasa, dapat 25 darjat. Kalau kita mengharap kurniaan Allah, kita akan dapat lebih banyak. Analogi gaji,  sejam rm200. Ditawar begitu dalam surat tawaran kita. Lihat kurniaan boss kita. Boss boleh bagi gaji 5000 sebulan, bonus sehingga 3 bulan gaji. Sedekah diganda 70 sehingga 700 kali ganda. Tapi kurniaan Allah lebih banyak. Jadi mengharaplah kurniaan Allah. Kita sellau minta kurniaan Allah. 

Solat istikharah, minta petunjuk dengan memohon berdasarkan ilmu pengetahuan dan kudrat kita. Solat istikharah kita akan minta A atau B tapi Allah tunjukkan jalan C. Selalu minta kurniaan Allah. Kalau bukan kurniaan dan rahmat Allah, kamu akan ikut syaitan. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 



Saya sebenarnya tak tahu pun berkenaan nasi Kak Wook masa di Kelantan dulu. Hanya kebelakangan sahaja mulai terkenal. Teringat kawan saya, Puan Maznah atau Mama Nah Kitchen yang pernah melihat sendiri arwah Kak Wook memasak. 

Tapi ketika itu, belum femes. Kawan saya pun melihat sambil meneman Kak Wook memasak, bukan nya belajar memasak pun. Tapi dia masih ingatlah apa antara bahan yang digunakan. 

Saya merasa nasi Kak Wook ini pun di Kuala Lumpur. Kiranya bukan resipi ori Kak Wook. Tapi sedap lah. Pada saya yang menentukan kesedapannya ialah gulai dalca dan sambal. Ayam goreng mungkin sama sahaja dengan ayam goreng lain. 

Hari ini saya share resepi nasi ala Kak Wook yang versi mudah dan ringkas. Masya Allah sedap sangat. Gulai tu, kalau ikut sebiji sebiji, Insya Allah menjadi dengan sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Nasi Ala Kak Wook
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar perasa pati ayam
1 sudu besar garam
Tepung jagung secukupnya

Cara cara:
Gaul dan perap 30 minit. 


Panaskan minyak baru dan banyak supaya ayam tenggelam. Goreng sehingga garing. Angkat dan tos. 






Kuah Gulai

Bahan hiris:
8 biji bawang merah - saiz besar
5 ulas bawang putih
1-2 inci halia

Bahan lain:
125 gram serbuk kari ayam Babas
Sedikit serbuk cili kering
1250 ml air
Keropeh ayam
½ sudu kecil pes asam jawa
250 ml santan kotak
1 ½ sudu besar gula
½ sudu besar serbuk perasa
1 sudu besar garam atau secukupnya

Sayuran:
2 biji terung
1 batang karot
3-4 batang kacang panjang

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis sehingga keperangan. Masukkan serbuk kari ayam dan serbuk cili kering. Masukkan sedikit air. Kacau sehingga terbit minyak. Masukkan air dan tumis lagi sehingga rempah benar benar masak dan terbit minyak. 


Tuang air dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan bahagian keropeh ayam. 

Masukkan asam jawa dan santan. 

Masukkan gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa. 

Setelah mendidih, masukkan karot, terung dan kacang panjang. 


Kacau rata dan sehingga sayuran separuh lembut. Bolehlah tutup api. 



Sambal

Bahan A:
1 biji bawang besar Holland
1 biji buah tomato
Belacan - bakar
4-5 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi - buang biji
1 genggam cili padi

Bahan B:
Cuka makan
1 sudu besar gula
½ sudu besar garam

Cara cara:
Kisar bahan A sederhana kasar. Masukkan bahan B. Sesuaikan rasa. 




1 ulasan for "Nasi Ala Kak Wook Versi Simple"

  1. Sedap nasi kak wook ni, juga kegemaran anak-anak. Nanti bolehlah dicuba masak sendiri.

    BalasPadam