Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Simple Azie Kitchen


Sebelum itu jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya sebagai sokongan kepada blog saya. Terima kasih atas kerjasama anda semua. 

Seperti biasa, jom kita baca sedikit petikan dari video Tokku Pasir Gudang sebagai santapan minda dan bekalan untuk hari akhirat kita yang kekal abadi. Hari ini ingin kongsikan petikan video berkenaan adab bila menziarahi orang sakit yang menghampiri kematian. 

Ajar untuk menanamkan apa yang disebut sebagai ar Rajab sebut awak jangan bimbang kita akan bertemu dengam Allah. Segala kebaikan yang awak buat diberi ganjaran. Perpisahan dengan dunia ini bermakna pertemuan dengan Allah. 

Jiwa manusia tetap ingin hidup lagi. Bila sakit kita tetap ingin sembuh. Kalau kita sakit walaupun doktor dah beritahu stage berapa sekali pun, kita masih berharap ada keajaiban untuk sembuh dan terus hidup. 

Bila kita ziarah beri dia satu perasaan gembira untuk bertemu dengan Allah. Bila awak mati akan bertemu Rasulullah, para sahabat, orang soleh, orang yang awak sayang seperti ibubapa awak yang dulu awak tangisi perpisahan dengan mereka. Inilah hari pertemuannya. 

Perpisahan dengan kami pun hanya seketika, kami juga akan menyusul supaya dia redha dengan kematian ini. 

Bila ziarah orang yang tak ada harapan, ada tanda. Bila dekat betul betul, orang sakit pun ada perasaan bahawa penyakit ini berakhir dengan kematian. 

Kita datang jumpa dia. Katakan pada dia bahawa apa pun masalah antara kita, saya maafkan awak. Salah awak saya dah maafkan. Saya dah redha dengan awak, semoga awak menjadi ahli syurga. Benda ini akan menjadikan rasa pertemuan dengan Allah mudah. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Saya bangun pagi pagi terus turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Kalau hari minggu, saya akan memasak sarapan dalam jumlah yang banyak kerana berbaloi bila anak anak makan secara mengulang ulang. Kadang sampai tengahari, masih makan masakan yang sama. Jadi saya boleh melewatkan sedikit masak untuk tengahari. 

Alhamdulillah mee hoon goreng yang saya sediakan hari ini sedap dan menepati selera saya. Hahaha selera sendiri yang paling penting. Ada ketika selepas memasak, kita rasa tak berselera nak makan walaupun rasa masakannya sedap. Itu lah pentingnya selera kan?

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua….


Mee Hoon Goreng Azie Kitchen 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar kasar: 
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis

Bahan bahan:
1 pek mee hoon - rendam seketika jer
1 sudu besar cili kering kisar
1 genggam udang saiz kecil
2 biji telur
1 ikat sayur bok choi

Bahan perasa:
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
½ sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam atau secukupnya

Cara cara:
Panaskan minyak tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga terbit minyak dan garing. 

Masukkan sos tiram dan sos cili. Masukkan udang. Kacau rata. 


Masukkan serbuk pati ayam dan garam secukupnya. Masukkan batang sayur. 

Masukkan telur dan kacau rata. Masukkan ½ cawan air panas dan biarkan mendidih, terus masukkan mee hoon. Kacau rata. 

Setelah sebati, masukkan daun sayur. Kacau rata. Setelah mee hoon terbit minyak, tutup api. 


Akhir sekali, masukkan taugeh dan kacau rata. Nota: jika suka, boleh masukkan cili merah hiris. 

Nota:
Boleh juga jika tak masukkan telur kerana boleh makan mee hoon dengan telur mata.


Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Simple Azie Kitchen"