Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Goreng Basah



Assalamualaikum semua. Hari ini saya menulis dari katil hospital. Insya Allah esok dah boleh discharge selepas seminggu dimasukkan ke ward kerana terdapat jangkitan kuman. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan sepanjang di sini yang saya anggap sebagai satu kerehatan fizikal. 

Hari ini ingin kongsikan petikan video Tokku Pasir Gudang berkenaan kita cuma ada satu peluang, maka manfaatkan lah. Kita cuma ada satu peluang di dunia untuk mentaati Allah. Kalau kita melepasi peluang ini dan ingin kembali ke dunia, tak akan diizinkan. 

Dalam Al Quran menyebut bagaimana penyesalan manusia untuk kembali semula ke dunia. Wahai Tuhanku, pulangkan semula aku ke dunia supaya aku dapat melakukan perkara kebaikan yang aku tinggalkan.  Allah berfirman, tidak sesekali. Ia cuma angan angan kosong. Tunggulah di alam barzah ini sehingga kamu dibangkitkan. 

Permulaan manusia mahu hidup balik bila berada dalam kubur. Permulaan manusia minta dipanjang sikit umur ketika melihat malaikat maut. Dia akan berkata Wahai Tuhanku,  beri aku tempoh umur sedikit lagi untuk aku melakukan amal soleh. Aku nak sedekah dan nak jadi orang baik. 

Tempoh tempoh yang manusia minta ialah bila nampak malaikat maut dan bila masuk kubur, minta nak kembali. Bagaimana penyesalan mereka,  Allah berfirman, wahai Muhammad kelak kamu akan tengok  orang yang melakukan maksiat dan kekufuran menundukkan kepala di akhirat kelak. Wahai Tuhan kami, kami dah tengok, kami dah dengar dan kami dah yakin, maka pulangkan kami ke dunia. 

Walaupun secara umum ayat ini dituju untuk orang kafir. Tapi disepakati para ulamak, sebagai pengajaran dan ingatan secara lafaz umum supaya memanafaatkan umur. Disebut Rasulullah, ambil  lah kesempatan 5 keadaan sebelum datang 5 keadaan yang lain. Kesempatan hidup sebelum mati, kesempatan sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin dan lapang sebelum sibuk. Jangan sampai kunjungi sibuk, lalu kita lalai kembali. 

Umur kita samada panjang atau pendek, peluang kita cuma sekali. Siapa pun kita dari Raja, perdana Menteri sehingga marhaein semua, cuma ada satu peluang. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 



Saya memang penggemar tegar mee goreng. Selain mee hoon goreng, mee goreng yang sedap juga susah nak dapat di restoran dan gerai makan. Nampak mudah menyediakannya tapi tidak ramai mampu memasak mee horeng dengan sedap. 

Saya teringat sangat dengan mee goreng yang saya makan ketika tinggal di rumah abang sementara menunggu keputusan kemasukan ke universiti. Mee goreng di pasar bandar Bachok tu memang sangat sedap pada selera saya. 

Bila kita order baru akan digoreng. Mee nya berwarna kekuningan sedikit. Yang saya nampak dia macam ada guna air sup ketika menggoreng. Saya pun sehingga kini, tercari cari siapa kah kakak yang menjual mee goreng tersebut. Di pasar sebelah petang ketika itu, hanya ada beberapa gerai sahaja yang berniaga. 

Ketika nak makan, perah sedikit air limau nipis. Wallaa sedap giler. Rindunya. Siapa yang pernah tahu kakak yang berniaga di situ sekitar tahun 1983-1984 boleh mesej saya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Mee Goreng Basah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan

1 pek mee kuning

Isi ayam potong kecil - bahagian kepak, peha dan isi

Daun kucai

1 biji buah tomato - potong 4-6


10 ulas bawang putih - ketuk 

1 sudu besar cili kering kisar

Kicap manis mudim

Garam secukupnya

½ sudu besar gula

5 sudu besar minyak masak


Cara cara:

Tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi, masukkan ayam. Goreng sekeketika sehingga isi ayam nampak putih. 



Masukkan cili kering kisar, gula ,garam, kicap. Lebihkan kicap untuk warna cantik. 



Setelah mendidih dan pekat, masukkan mee dan kacau rata sehingga bersalut dan kuah agak nak kering. Masukkan buah tomato dan daun kucai. Kacau seketika dan tutup api.







1 ulasan for "Mee Goreng Basah"

  1. Sedapnya mee goreng basah. Kebetulan pagi ni, saya pun goreng mi juga. Tapi mee biasa je.

    BalasPadam