Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Udang Dengan Belimbing Buluh



Saya ingin kongsikan resipi istimewa dan menjadi kegemaran keluarga saya. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di atas blog saya ya. Juga jangan lupa untuk klik follow blog. Kali ini saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang Siri 67 Tokoh Sufi ke 74 iaitu Ismail Najid.

Antara kata mutiara beliau ialah, siapa boleh merendah kemuliaannya di hadapan manusia, maka mudah baginya menolak dunia dan ahlinya. Awak kenal tak saya siapa. Setiap orang mahu dimuliakan dan merasa dia ada pangkat atas orang lain. Seolah nak beritahu orang lain kita mulia. 

Seorang yang berjaya merendah diri dia dalam keadaan dia mulia, maka ini orwng yang mudah menolak dunia dan orang yang bertawaduk. Orang yang suka suka pada pujian, itu lah dunia. Kata sheikh lagi, siapa memuliakan dirinya atau nafsunya, maka longgar lah agamanya. Hina lah agamanya. 

Kata beliau lagi siapa yang Allah nak bagi kebaikan pada nya, Allah akan bagi dia berkhidmat dengan orang soleh, mudah menerima nasihat dan dihijab dari kebaikan yang telah dia buat. Tak perlu nak ungkit kebaikan dia. Dia suka khidmat pada orang soleh. Mudah terima nasihat orang baik dan orang soleh. Paling disukai oleh orang soleh bila dengar nasihatnya. Itu lah kebahagiaannya. Sama seperti seorang ibu, bila anak dengar cakap, kita akan kata inilah anak soleh.

Seorang yang rasa seolah tak pernah sedekah. Dia akan sentiasa bersemangat beri sedekah. Kalau ingat semalam dah bagi sedekah jadi hari ini akan kurangkan jumlah sedekah. Kita dihijab dari melihat kebaikan. Ini sikap orang yang Allah mahu beri kebaikan padanya. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.


Saya sebenarnya dah banyak kali kongsikan resipi ini. Saya kongsikan juga kali ini untuk mengambil peluang untuk berkongsi ilmu sebagai satu amalan untuk bekalan di akhirat nanti.  Memang anak anak saya suka lauk udang atau makanan laut.

Kalau resipi udang, saya memang suka yang tidak menggunakan banyak bahan barulah kemanisan udang akan dapat dirasai di dalam kuahnya. Kuah udang sedap digaul dengan nasi putih begitu sahaja. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Masak Lemak Udang Dengan Belimbing
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
300 gram udang
10 biji belimbing buloh
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
Garam
1 kotak santan kotak

Bahan kisar:
8-10 biji cili padi
2 biji bawang merah 
2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Masak bahan kisar dan serai sehingga air sedikit kering dan masak.  

Masukkan santan dan air secukupnya dan kacau rata. Setelah mendidih, masukkan udang, belimbing buloh dan daun kunyit. 



Masukkan garam secukupnya. Setelah sebati, boleh tutup api. 



Catat Ulasan for "Masak Lemak Udang Dengan Belimbing Buluh"