Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Telur Mata




Saya ingin kongsikan petikan video Tokku Pasir Gudang. Bila sakit sahaja, itu amaran awal pada kematian. Maka segerakan bertaubat. 

Sakit apa sahaja sakit kepala ke, segerakan bertaubat. Banyakkan beristighfar. Itu tanda kematian. Bukan segera cari ubat. 

Dua manusia yang berbeza latarbelakang. Seorang berubat kerana kanser, sehingga habis harta. Akhirnya mati dan duit pun habis. Taubat tak buat. 

Ada yang bila sakit kanser sahaja dia segera bersedekah semua harta, bina masjid sehingga habis harta. Banyakkan puasa sunat zikir dan berinfaq. Bila mati, tak rugi apa apa. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 




Sambal tumis telur saya hari ini sama sahaja dengan sambal tumis udang dan lain lain sambal tumis saya sebelum ini. Yang membezakan hanyalah untuk sambal ini saya masukkan udang kering halus ke dalam sambalnya. 

Sebenarnya masak apa apa pun seperti sambal tumis, mee hoon goreng atau nasi goreng, sedap jika dimasukkan udang kering tapi saya allergi. Jadi biasanya saya menggunakan ikan bilis sebagai perencah. 

Untuk telur terpulang kepada kesukaan masing masing. Ada yang suka kuning telur yang masih basah tapi saya suka yang separuh masak.  Tapi yang penting, keliling telur mestilah garing keperangan. Barulah rasa sedap gitu. Itu pada selera saya lah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Sambal Telur Mata
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 biji telur 
1 sudu besar udang kering halus 
3 sudu besar cili kering kisar 
½ sudu besar gula 
½ sudu kecil pes asam jawa 
½ biji bawang besar Holland - hiris
½ sudu kecil garam 
Sedikit gula Melaka
Serbuk perasa - opsyenal
Minyak masak

Bahan kisar:
2 biji bawang besar - saiz sederhana
4 ulas bawang putih 

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak dan betul betul panas. Goreng telur, simbah simbah minyak di atas. Tak perlu terbalikkan. Goreng sehingga keliling telur agak garing keperangan.



Menggunakan minyak sama, tumis bahan kisar dan masukkan udang kering. Tumis sehingga wangi, baru masukkan cili kering kisar. Tumis sampai terbit minyak. 


Masukkan gula Melaka dan gula. Setelah sambal garing, masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Tumis lagi sehingga terbit minyak. 


Masukkan bawang holland hiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan garam dan perasa.


Akhir sekali, masukkan telur goreng. Ratakan sambal dan boleh tutup api.





Catat Ulasan for "Sambal Telur Mata"