Pajeri Nenas Kelantan
Assalamualaikum semua. Apa khabar, semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.
Hari ini saya ingin kongsikan petikan dari video berkenaan Tokoh Sufi 61 oleh Tokku Pasir Gudang iaitu Muhammad Al Kattani. Beliau paling banyak bermusafir. Digelar lampu haram. Bercahaya dirinya sebagai suatu ahli ibadah. Beliau sentiasa khatam Al Quran ketika tawaf. Tawaf dan khatam Al Quran dalam jumlah cukup besar secara konsisten.
Ulamak sepakat bahawa Kalau tawaf amalan zikir paling afhdal adalah baca Al Quran. Ini yang dibuat Muhammad Al Kattani. Sehingga beliau katam Al Quran dalam jumlah yang. cukup besar. Ciri ciri. seorang wali Allah, akan rasa seronok menyebut nama Allah.
Kata mutiara beliau ialah ciri ciri wali Allah ialah dia akan rasa seronok sebut nama Allah. Zikir paling agung adalah Al Quran. Baca Quran perlu skil tertentu. Ada orang rajin zikir tapi Al Quran dia payah. Al Quran perlu kehendak dan mujahadah yang kuat dan kuat hubungan dengan Allah.
Tidak seperti zikir yang lain. Kita boleh zikir dan selawat. Tapi bila Al Quran dah payah. Terutama nak bangun malam untuk baca Al Quran lagi payah. Siapa mampu bangun malam untuk baca Quran. Bukan orang biasa tapi orang yang dikasihi Allah.
Zikir kita nampak faedah tertentu seperti untuk selamat jalan raya. Boleh zikir untuk keselamatan di jalan raya. Zikir untuk laris berniaga zikir untuk cepat dapat jodoh. Lidah lebih ringan bab zikir.
Ibu segala zikir adalah Al Quran. Seronok baca Al Quran dalam solat dan dalam lapangnya. Maka ini ciri ciri wali Allah. Bukan calang calang untuk khatam al Quran secara konsisten. Beliau mesti seorang yang kuat hubungan dengan Allah.
Tak pandai baca, tapi tak nak belajar. Ini lagi tersekat. Dah tahu tak pandai baca Al Quran, belajar lah. Cari guru kecil tak apa. Ada kisah seorang dia malu nak belajar sebab dah tua. Jadi dia hantar anak dia untuk belajar dan dia belajar pula dengan anak dia. Begitu dia buat sehingga dia pandai. Dah tua tua malu nak belajar Al Quran jadi mesti ada cara lain. Ada cara. Jangan tak pandai baca dan cara pun tak cari. Jangan biarkan kita tak pandai baca dan tak baca. Jangan sia siakan hidup kita.
Para sahabat, kalau boleh baca Al Quran sangat seronok. Bila turun wahyu berebut rebut nak dengar, balik bercerita pada isteri. Ulang baca dan hafal. Teruja nak dengar wahyu yang turun.
Setengah kita pandang ibadah paling rendah ialah baca Al Quran. Yang dibangga ialah Zikir 1000 kali tapi Al Quran? Jika. itu anggapan kita, maka kita "Failed". Al Quran ialah ibu zikir. Nabi sentiasa baca Al Quran. Dalam qiamullail Nabi baca 5-6 surah besar dalam 1 rakaat. Nabi solat malam 11 jer. Aishah ketika ditanya tentang solat malam Nabi, menjawab jangan ditanya tentang betapa panjangnya dan lamanya. solat baginda.
Kedudukan solat ketika berdiri lebih afhdal dari sujud. Kerana ketika berdiri boleh baca Al Quran. Al Quran dibaca pada posisi berdiri tegak. Dalam sujud tak boleh baca Al Quran. Ada larangan baca Al Quran ketika rukuk dan sujud iaitu pada posisi rendah. Al quran dibaca pada ketika berdiri tegak. Kata iman Shafie, berdiri tegak lebih afhdal dari sujud kerana peluang baca Al Quran yang banyak. Semoga bermanafat.
Saya memang sangat suka dengan pajeri nenas Kelantan. Lagi lagi orang Kelantan memang suka lauk pauk yang manis. Dulu kalau kalau majlis kawin memang ada pajeri nenas ini yang digandingkan dengan nasi minyak.
Bukan setakat makan dengan nasi, saya boleh makan meratah ratah pajeri nenas ini. Sedap dengan rasanya yang manis, masin masam, memang teramat enak.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya. Jangan lupa. video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Pajeri Nenas Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
½ biji nenas
4 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 batang kayu manis
1 sudu kecil biji sawi
½ sudu kecil kunyit serbuk
2-3 biji lada merah (ikut suka) dibelah 2
2 sudu besar minyak - untuk menumis
Bahan lain:
¼ cawan cuka
¼ sudu besar garam atau secukupnya
5 sudu besar gula atau secukupnya
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bawang hiris sehingga naik bau.
Masukkan biji sawi dan serbuk kunyit serbuk dan sedikit air dari jus nenas (jika suka).
Masukkan cuka, gula dan garam.
Kemudian masukkan nenas dan masak sehingga nenas lembut. Masukkan cili merah. Masak sehingga
Nota:
Jika suka, boleh celur nenas seketika dan simpan air untuk dimasukkan dalam masakan.
Catat Ulasan for "Pajeri Nenas Kelantan"
Add your comment