Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang


Saya ingin kongsikan resipi istimewa dan menjadi kegemaran keluarga saya. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di atas blog saya ya. Juga jangan lupa untuk klik follow blog.  Video Tokku Pasir Gudang Siri 67 Tokoh Sufi ke 74 iaitu Ismail Najid.

Ketika ditanya apa itu tasawuf? Tasawuf maknanya sabar dengan setiap peintah dan larangan Allah. Maka tasawuf lah awak. Lakukan dengan sabar. 

Larangan yang kita jijik contoh larangan makan babi, mudah kita laksanakan.  Setiap orang ada benda sukar seperti isteri nak ikut cakap suami. Suami pula sukar nak jaga nafkah isteri dan tanggungjawab lain. Benda ini yang kita kena sabar paling tinggi. Dalam perkara hawa nafsu dan berbentuk larangan, sukar untuk dipatuhi. 

Contoh seorang isteri minta izin secara paksa sehingga suami terpaksa izin. Izin bukan datang dari mulut tapi hati. Jangan anggap itu izin. Suami sebenar tak izin. Itu yang payah untuk sabar sebagai seorang isteri. 

Bagi seorang ayah ada larangan yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana nafsu dah jadi sebati dengan larangan. Seorang wanita, yang memang kaki jalan dari muda tapi bila kawin, suami tak bagi jalan, memang jadi suatu yang sukar. 

Tasaauf adalah sabar dengan perintah dan larangan Allah. Maka bermujahadah untuk melakukannya. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.



Saya memang suka masakan udang mengikut resipi Kelantan yang dihidangkan dengan nasi dagang. Saya rasa resipi ini tiada di tempat lain tapi lebih sinonim dengan orang Kelantan. 

Masya Allah sangat sedap lauk ini. Cuma kalau nak lagi cantik, guna santan segar. Akan lebih terbit minyak yang cantik. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Gulai Udang Lauk Nasi Dagang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar:
Segenggam bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan lain:
500 gram udang laut
1 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai - ketuk
1 sudu besar serbuk kari babas
Pes asam jawa + air
½ sudu besar garam
1 sudu besar gula
Sedikit gula Melaka

Cara cara:
Tumis bahan kisar, serai dan cili sehingga terbit minyak. Masukkan serbuk kari dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air. Tumis lagi sehingga terbit minyak.


Masukkan santan dan semua bahan perasa. Terbit minyak, masukkan udang. Kacau rata dan tutup api.





Catat Ulasan for "Gulai Udang Lauk Nasi Dagang"