Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cempedak Goreng Yang Rangup


Saya ingin kongsikan sambungan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan Risalah Qusyairiyah bab 5 siri 47 Sariy As Saqathi sambungan bahagian 2. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Saya suka mendengar nasihat dan kata mutiara tokoh tokoh sufi kerana ianya dapat memberi ketenangan kepada jiwa saya. 

Antara nasihat beliau lagi tidak ada kekuatan meninggalkan syahwat melainkan halal jelas dan haram jelas. Antara keduanya ada syubhah. Contoh kedai tak ada status halal. Ini syubah sebab yang beli barang siapa walaupun pekerja orang muslim. Orang berjaya meninggalkan perkara syubhah adalah orang yang sabar. 

Jauhi lah dari berkawan dengan orang jahat. Ulamak sepakat, bahawa agama seseorang mengikut kawannya. Berkawanlah dengan orang yang jaga halal haram. Tengok dia kawan dengan siapa. Dengan orang masjid, akan kerap ke masjid. Kalau isteri, biar kawan dengan orang jaga dan tutup aurat. 

Hati hati dengan kawan tak baik. Berkawan dengan dia hanya dengan niat untuk menasihati dia. Jangan berkawan dengan seorang anak derhaka. Kalau nak kawan, kita akan nasihat dia sehingga dia taat pada mak ayah. Kita tak boleh biarkan. Contoh, jika ada kawan abaikan isteri. Kita kena tegur. 

Jangan kawan dengan orang jahat. Kita jadi subahat dengan dia. Jangan kawan dengan orang suka umpat suami sendiri. Nasihat dia. Kelak dia akan ajar benda buruk. Last kita pulak ikut. Jangan kawan dengan orang hutang tak bayar. Itu kejahatan. Boleh kawan tapi saya kena nasihat awak. Analogi kalau seseorang sakit, kita hantar ke hospital. Tak boleh duduk dengan saya sebab awak sakit. Dah baik, baru boleh keluar. 

Namun begitu, jangan terputus dengan Allah bila berkawan dengan orang baik. Ibadah saya jadi tak bertambah. Kawan ada waktu. Setiap kita ada tanggungjawab, ada masa untuk kerja, masa untuk ibubapa. 

Jangan berkawan sampai tengah malam sehingga tak ada qiyam. Nilai ibadah kita akan berkurangan sebab banyak sembang dengan dia. Jangan lama sangat. Bini saya baik sangat. Jadi boleh tak saya nak bawa bini gi ofis? Itu tak boleh. Kita ada tugas lain di ofis. 

Kawan baik jangan kurangkan kadar ibadah kita. Ada masa kena qiyam, masa mengaji. Lihat ibadah Rasulullah. Kita pulak, bila dah ada kawan rapat. Bini pun tak lagi dipeduli. Kita kena ada masa dengan isteri kita. Jangan kerana selesa dengan satu, abaikan yang lain. 

3 perkara sempurna iman bila marah tak keluarkan kita dari kebenaran maki hamun. Masih cakap benda Allah suruh. Kedua, bila suka tak menyetujui benda batil. Yang salah tetap salah. Isteri sayang tapi salah tetap kata salah. 

Ketiga, bila ada kuasa, tak ambil hak orang lain. Bila ada kuasa, contoh sebagai seorang ayah, kita pun ambil duit anak anak. Jangan ambil duit raya anak anak. Patut labur untuk anak anak. Raja pun tak boleh, ambil hak rakyat semata kerana ada kuasa. Sesiapa menzalimi orang lain, pasti akan mendapat kemudaratan besar. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 




Saya menggunakan buah cempedak yang diambil dari kebun kami di Sg Buloh. Sekali dituai dapat 5-6 biji. Alhamdulillah. 

Tapi seperti biasa, anak anak tak suka makan cempedak. Jadi saya bahagikan kepada jiran jiran juga. 

Cempedak goreng memang mahal harganya. Kalau seketul rasanya boleh mencapai sehingga RM1.00. Tapi memang ya lah sebab harga buah cempedak pun mahal juga. Bila dikupas, belum tentu isinya banyak. 

Resipi bancuhan tepung hari ini sangat rangup dan sedap. 



Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba... 


Cempedak Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan;
bahan-bahan ikut turutan masak:

2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung 
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil garam
1 sudu besar air kapur
Air sejuk (air 200ml + secekak ais)
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur

Cara cara:
Lumur minyak pada pisau untuk belah cempedak supaya senang nak dibasuh dan buang getah getah yang melekat. 

Belah dari bawah tangkai sampai ke bawah. Pegang kiri kanan dan tarik. Pegang tangkai dan tarik ke bawah, supaya buah melekat di empulur buah. 


Satukan semua bahan dan masukkan air sedikit sedikit kalau terlebih cair, tambah tepung gandum. 

Panaskan minyak sehingga betul betul panas, baru di masukkan cempedak yang dicelup dalam adunan tepung.



Goreng sehingga garing dan diangkat serta di tos.





Catat Ulasan for "Cempedak Goreng Yang Rangup"