Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Gear Box Yang Terpaling Sedap



Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang siri 38 tokoh sufi 44 dan mutiara hikmah al iman Ahmad bin Muhammmad Ar Rudzabari tokoh ulamak di Mesir berasal dari Baghdad.

Kata beliau lagi, tidak dapat redha seorang yang tak sabar sampai rasa kemanisan redha. Sebelum redha kena sabar dulu. Sabar lah kamu sebagaimana sabar 5 Rasul Ulul Azmi dari kalangan Rasul. Kena sabar dan kuatkan sabar, baru datang redha. 

Bila Allah uji hambanya, mengeluh dulu. Bila terlanggar tiang, kita akan berkata Aduh sakit. Itu datang secara auto, baru kita istighfar. Itu fitrah, jadi mengeluh sakit tak ada masalah. Nabi juga pernah mengeluh sakit. Sakitnya kepala. Sakitnya kaki. Tak bermaksud kita tak sabar. Itu fitrah. Kita tahu ini ujian Allah di mana Allah nak angkat darjat kita. Ujian akan kembalikan kita pada Allah. Istidraj pula akan menjauhkan diri pada Allah dan putus asa dalam hidup. 

Allah datangkan ujian, seperti contoh seorang kerana asyik melihat seorang wanita cantik telah terlanggar tembok sehingga patah hidung. Kata Nabi, kamu hamba yang Allah nak bagi kebaikan. Allah bila sayang seorang hamba akan disegerakan balasan dosanya di dunia. Dosa kerana melihat wanita tadi.

Kalau Allah tak sayang, Allah biarkan dia buat dosa dan pegang dosa sampai hari kiamat, baru akan dihukum. Akan double hukumannya. Di dunia, bila ada ujian masih boleh di fix balik. Patah hidung, boleh operate. Hidung jadi lagi mancung. Kalau di akhirat, habis lah. Tak boleh lagi nak fix. 

Jika harta habis, akan dapat lebih baik. Allah ganti lebih baik selepas dah bertaubat. Kat dunia kita boleh baiki. Ada masalah suami isteri. Bila ujian perceraian, dapat isteri atau suami lebih baik. Kat dunia boleh baiki dengan taubat. 

Anak yang masa kecil, kita tak didik, akhirnya kita sedar dan kita didik cucu pula. Cucu penyebab ayah dia belajar agama. Ketika itu, kita dah bayar kesalahan kita dulu. Kita kena cepat sedar. Kat akhirat dah tak boleh baiki. Kerana tak ada gantian. Tsunami di Indonesia. Asbab tsunami, lebih baik tak ada lagi perang. Itu kebaikan. Ujian akhirat, tak boleh baiki. Bila Allah sayang, Allah segerakan hukumannya. 

Kata beliau lagi, tak akan redha, siapa yang tak sabar. Tak akan sempurna agama siapa yang tak bersyukur. Para wali bila mati, mengatakan ada hajat tak sampai. Contoh, ada seorang nak kawin dah book dewan, tiba tiba mati. Kita kata kesian arwah. Kempunan pada nikmat dunia yang tak habis habis. Kesian arwah. Itu budaya kita cerita kempunan pada nikmat dunia yang tak habis. Nak dapat cucu. Dah war war pada ramai orang. Tapi tiba tiba mati. Hajat nak tengok cucu tak sampai. 

Para Wali Allah ada 2 benda tak pernah selesai untuk mereka lakukan iaitu hajat tak pernah selesai bila mereka mati ialah pertama, menangisi diri mereka atas dosa mereka. Sampai nak mati masih dok fikir dosa walaupun dah banyak lakukan ketaatan. Teringat dosa dengan mak ayah, dosa dengan orang. Walaupun dah bertaubat tapi masih terkenang dosa. 

Kedua, pujian pada Allah. Saya tak puji Allah dengan sungguh sungguh dengan segala nikmat dan kebaikan yang Allah bagi. Bila diuji, Allah datangkan pertolongan. Tak ada duit, tiba tiba ada orang datang untuk tolong. Setiap ujian, Allah akan datang pakej pertolongan. Rahmatnya Allah di sebalik ujian. Tak habis lah puji Allah. Para Wali Allah rasa tak selesai menangisi atas dosa dan kedua, pujian pada Allah. 

Kita pula, tak habis habis cerita bab dunia. Keluar lah istilah kempunan. Bila mati, kita akan dihisab pertama dosa kita dan kedua, dihisab syukur kita. Contoh, kita beri macam macam pemberian pada orang tapi kita tunggu bila dia nak ucap terima kasih. Bila lama, masih tak ucap, kita akan tembak dia. Kita dah bagi macam macam. 

Agak agak kita macam mana di hadapan Allah. Malu kita pada Allah. Diberi macam macam nikmat tapi asyik mengeluh. Nikmat banyak. Hilang sikit dah punya sedih. Berapa banyak nikmat yang masih ada sehingga kamu nak mengeluh dengan nikmat yang hilang. Hilang sikit. Kami uji kamu sikit jer. 

Secara jujurlah dalam hidup kita, ujian kita banyak ke. Sebenarnya bukan banyak. Sikit jer. Setiap ujian, banyak pertolongan yang datang. Anak gagal exam, nak sedih. Kita lupa anak kita sihat dan mengembirakan kita. Tapi anak hafal juzuk al Quran lebih dari kita. Patut rasa anak dia hebat. 

Banyak nikmat yang Allah bagi. Jangan buta melihat nikmat. Allah ganti dengan yang lebih baik. Antara kata beliau lagi, siapa cuma melihat dirinya sahaja dia akan buta melihat pengajaran sekelilingnya. Dia rasa dia kaya kerana dia. Kalau gagal, kerana dialah dia gagal. Lupa lihat iktibar sekeliling. Ambil iktibar, saya bangun lambat menyebabkan terlepas bas. Kenapa bangun lambat? Kita harus melihat kerana dosa kita yang banyak.

Hanya tengok rezeki kurang. Tapi tak tengok iktibar kenapa rezeki kurang. Kita kata barangkali ramai orang berjimat cermat kot. Masak kat rumah. Itu analisis kita. Ekonomi slow. Bila ekonomi slow ada orang laju. Dia kaya masa tu. 

Kalau saya tak ada rezeki hari ini, lihat apa pengajarannya dulu. Dulu aku sombong, masa duit banyak. Sekarang Allah dah tegur. Kenapa Allah jadikan macam ni, mungkin sebab kurang zikir kurang taubat kurang syukur. Masa sihat kurang ibadah. Bila ibadah tak cukup, musibah datang. 

Allah dekat pahala kita dengan musibah. Musibah sampaikan darjat pada yang Allah kehendaki. Ada 2 iaitu ibadah dan musibah. Kita tak kuat, diangkat darjat dengan ibadah. Allah selamatkan diri kita dengan diberi musibah dan diangkat darjat. 

Dapat musibah sakit. Tak dapat pergi kuliah. Bila kita tahu kelemahan kita maka untuk elak musibah berlaku, perbanyakkan ketaatan dan ibadah. Kalau berlaku juga, maknanya belum cukup. Inilah keadaan orang beriman. 

Apa berlaku jangan buat analisis cara kita. Ada iktibarnya. Kita kata accident, sebab hujan jalan licin. Tapi ramai yang tak accident. Yang accident hanya 7 buah. Kalau betul, semua akan accident. 

Tujuan musibah untuk kita kembali pada Allah dan itulah tujuan musibah. Musibah tak akan datang sehingga hamba tahu dosanya dan bergantung pada Tuhannya. Setakat ini dahulu semoga bermanafaat.


Saya beli tulang beli ini dari Kelantan. Anak saudara saya, Rudy tolong bawakan. Kalau beli di sini yang dapat memang betul betul tulang lah. Sedikit sangat daging yang melekat di tulang. Tapi di Kelantan, selain harga murah, memang puashati. Kita dapat banyak daging yang melekat pada tulang.

Hari ini saya menyediakan sup yang lebih pekat dan banyak berempah kerana ada lauk yang perlu lebih rempah untuk hilangkan bau. Nak percepatkan masa, saya merebus kaki dengan menggunakan periuk tekanan. Daging tunjang atau urat keting akan memakan masa untuk lembut jika direbus cara biasa. 

Simpan dulu semalaman dalam peti ais untuk menjadikan lemak di permukaan beku. Jadi tak lah kita risau makan kuah sup ini akan memberikan masalah lemak dan jadikan saluran pada jantung tersumbat pulak. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….


Sup Gear Box Terpaling Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1-2 kg kaki lembu
Rempah 4 sekawan
4 sudu besar rempah sup
2 ulas bawang putih- tumbuk pecah pecah
½ inci halia- tumbuk pecah pecah
Serbuk perasa
Garam

Bahan kisar:
2 biji bawang besar merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan lain:
Buah tomato - potong dadu
Daun sup - hiris 
Cili padi - hiris
Bawang goreng - sekali dengan minyak gorengan

Cara cara:
Rebus tulang sehingga daging empuk. Biarkan sejuk dan ceduk keluar lemak yang membeku. Nota; nak cepat simpan dalam peti ais. 


Setelah empuk, hiris daging mengikut yang disukai. 

Tumis rempah 3 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah sup dan sedikit air. Tumis lagi sehingga terbit minyak. 




Masukkan daging dan tulang. Masukkan air secukupnya. 

Masukkan bawang putih dan halia yang dititik/pecah. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan serbuk perasa. 


Sebelum dihidangkan, panaskan atas dapur sehingga mendidih, masukkan daun sup, cili hiris, bawang goreng, buah tomato dsb. Akhir sekali, perah asam limau nipis.



Nota:
1. Dihidangkan semasa sup masih panas

2. Goreng bawang goreng dan ceduk keluar minyak. Biarkan sedikit minyak dalam bawang goreng. 


Catat Ulasan for "Sup Gear Box Yang Terpaling Sedap"