Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Cendawan Yang Mudah Dan Sedap



saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan kata kata mutiara oleh Tokoh sufi yang ke33 Ahmad bin Abil Khiwari. 

Siapa melihat dunia dengan syahwat. Manusia jangan letak pergantungan dengan dunia. Boss tak nak bagi. Anak boss mungkin akan bagi. Sebab itu jangan bergantung pada sebab tapi pada Allah yang jadikan sebab. Natijah sama tapi sebab berbeza. Kenyang kerana makan. Tak makan tak kenyang. Sebab kena suap atau beli makanan. Apa sebabnya? Jadi jangan bergantung pada sebab. Bila ada anak, baru rasa seronok. Allah boleh ubah sebab. 

Siapa buat amalan tak ikut sunnah, tak diterima. Syarat untuk ibadah diterima ialah Islam, menepati sunnah dan ikhlas. 

Solat tak ikhlas tak perlu qada tapi nilai pahala kurang. Nilai kedudukan di sisi Allah kurang. Cuma perlu perbanyakkan istighfar. Tak perlu qada. Semoga Allah angkat amalan kita tadi. Ibadah dibuat secara riak tak perlu qada. Semoga Allah meletakkan kembali nilainya. 

Menangis utama ialah kerana mengenangkan dan menyesali waktu hilang tanpa ibadah. Sebaik tangisan kerana penyesalan terlepas waktu tanpa ibadah. Masa muda tak solat. Masa kaya saya tak sedekah. Ada ibubapa tapi tak jaga ibubapa sehingga terlepas peluang berbakti. Lalu kita menangisi menyesal tempoh yang merugikan.  

Masa anak kecil saya gagal didik mereka. Dulu saya ada kuasa atas mereka, tapi kita tak didik. Mereka masa kecil nak ikut kita ke masjid. Bila dah besar, payah dah nak didik dia. Masa dalam jagaan kita, kita dah buat ke belum. Pernah berpeluang buat baik tapi kita tak buat baik. Dah tua, baru nak start mengaji dengan mata rabun. Kenapa dulu aku tak buat. Penyesalan kita menjadi nilai. 

Antara perkara menghalang kita mengingat Allah ialah gaflah. Lupa bawa spek. Gaflah tahu orang mati tapi tak fikir kita akan mati. Kita dengar orang mati, tapi masih belum ingat kita akan mati. Beramal macam orang tak mati. Itu gaflah. Kita lalai dari sibukkan diri dengan hal quran. Hari ni dah pencen ada peluang, tak kan tak boleh baca sejuzuk setiap waktu. Setengah juzuk sebelum dan selepas solat fardhu. Buat selalu. 

Cara kita buat persiapan mati. Sedekah banyak sikit, itu duit kita. Tak ada anak sekolah dah. Semua dah besar. Akaun bank kita iaitu akaun akhirat. Dah kena perbanyak akaun akhirat. Jangan masuk dalam bank yang jadi akaun waris. Saya nak infaq banyak sampai kita mati. Dulu nak sedekah anak kecil lagi, banyak belanja untuk nak sekolah. Cucu bukan tanggungjawab kita. Kita jangan menyibuk. 

Kena fikir dengan garis umur ini orang tidak lalai. Jangan perasan muda, dah 60 tahun. Ramai kawan dah tak ada. Jangan gaflah. Tak ada kesungguhan. Patut dok lama di kubur. Tengok siapa yang dah ada dalam kubur. Tempat kita melakukan muhasabah diri. 

Antara kata beliau lagi, siapa yang kenal apa yang patut ditakuti mudah untuk jauhinya. Bahaya dosa mudah, kita jauhi, apa bahaya mengunpat orang. Apa bahaya kalau kita abai tanggungjawab kita. Anak anak akan abaikan kita bila mereka besar kelak. Anak tak usung jenazah kita. Jadi bila kita tahu apa bahaya kerana melakukan dosa dengan tidak menjalankan apa yang sepatutnya, mudah untuk kita elakkan bahaya tersebut. Ok setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 



Bila rasa kurang sihat atau kurang berselera makan, saya akan memasak lauk pauk simple seperti sup atau masak air sahaja. 

Untuk sup cendawan hari ini, saya masukkan juga sayuran lain seperti karot, bok choi untuk menambahkan warna dan melengkapkan khasiatnya. Jika suka, boleh juga masukkan isi ayam atau udang. Tapi saya hanya mahukan sup yang berperisa ikan bilis sahaja. 

Jom tengok resipi dan cara penyediaannnya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…



Sup Cendawan
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:

1 pek cendawan tiram

½ biji karot 

1- 2 sudu besar ikan bilis

Garam

Serbuk pati ikan bilis

Serbuk lada sulah

1 biji cili merah - hiris

Daun sup - hiris

Minyak masak


Bahan hiris:

4 biji bawang merah

3 ulas bawang putih


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan hiris dan ikan bilis sehingga wangi dan sedikit keperangan. Kacau rata. 


Masukkan air secukupnya. Setelah hampir mendidih, masukkan karot. 


Setelah mendidih, masukkan cendawan. Masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah. 


Akhir sekali masukkan cili merah dan daun sup. Kacau rata dan tutup api. 





Catat Ulasan for "Sup Cendawan Yang Mudah Dan Sedap"