Spicy Tuna Melt
Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan dengan kata kata mutiara dari tokoh sufi. Ahli sufi ialah orang yang suci dari segala daki dan dosa. Jangan berlawan dengan mereka. Kalau berlawan, itu bukan sufi. Allah perintah supaya jauhi rasuah, saya ikut. Itu lah sufi iaitu setuju dengan semua perintah Allah.
Wasiatkan lah saya. Siapkan bekalan untuk perjalanan yang ada di hadapan mu seolah kita berada dalam musafir. Siapkan bekalan. Cari bekalan, analogi nak ke KL bawa duit dan bekal dan akan berhenti tempat orang biasa berhenti seperti rnr. Di situ, ada kemudahan tandas, kedai dll. Tak mungkin kita berhenti tempat orang tak biasa berhenti.
Begitu juga dengan orang yang melakukan perjalanan ke jalan Allah, akan berhenti tempat orang baik berhenti seperti berhenti di surau dan masjid. Supaya tak terlepas dan jadi orang menyesal dan rugi.
Bersama lah dengan orang baik dan orang bermusafir sama dengan kita. Bekalan banyak ni jer yang kita ada. Tapi ada orang lain yang bawa nasi beriani. Ada yang bawa air. Jika bersama mereka, kita dapat tumpang sekali bekalan mereka dan dapat kebaikan. Bekalan dia lebih baik dari kita. Itu lah antara wasiat tokoh sufi kali ini. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya memang penggemar tegar apa apa lauk atau kuih muih yang menggunakan sardin atau tuna. Selain sandwich, saya juga kerap buat sardin roll atau karipap sardin. Kalau karipap menggunakan inti sardin memang saya boleh habiskan 5-6 biji sekali jalan.
Kali ini saya mencuba pula spicy tuna melt yang sangat mudah dan yang pastinya sedap. Lagi lagi kalau dimakan panas panas. Makanan seperti ini kalau di restoran, pastinya mahal. Boleh jer buat sendiri di rumah. Boleh makan puas puas.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Spicy Tuna Melt
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
5 keping roti
1 tin tuna pedas
1 biji bawang besar
1-2 sudu mayoni
Mentega
Keju Mozarella
Cara cara:
Satukan tuna, bawang besar dan mayonis. Kacau rata.
Lenser mentega pada roti. Ratakan tuna atasnya. Buat sehingga habis.
Tabur keju mozarella dan parsley.
Bakar dalam Air Fryer pada suhu 190° atau 200° selama 5 minit atau sehingga bahagian atas garing keperangan yang disukai. Sedia untuk dinikmati.
Catat Ulasan for "Spicy Tuna Melt"
Add your comment